Kempen Pink Walk & Ride 2016 anjuran
Jabatan Wanita Dan Keluarga Sarawak telah diadakan pada 23 Oktober 2016
bertempat di perkarangan Dewan Undangan Negeri Lama dengan aktiviti
senamrobik, acara 10,000 langkah dan 10 kilometer berbasikal. Acara ini
telah dirasmikan oleh YABhg Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi
Taib dan diiringi oleh YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah, Menteri
Kebajikan Wanita dan Kesejahteraan Komuniti.
kali telah dikunjungi
Sunday, 23 October 2016
Saturday, 22 October 2016
Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2016 Peringkat Kebangsaan
Majlis Perasmian
Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2016 Peringkat Negara telah diadakan
pada 22 Oktober 2016 bertempat di Kuching Waterfront, Kuching Sarawak.
Maljis dimulakan pada jam 8.00 pagi dengan ketibaan tetamu jemputan,
tetamu kerhormat, ketibaan YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku
Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, ketibaan YAB Datuk
Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem, Ketua Menteri Sarawak.
Acara seterusnya antara lain adalah nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Ibu
Pertiwiku, persembahan Kebudayaan Negeri Sarawak, persembahan Bicara
Berirama dan Choral Speaking, ucapan oleh Menteri Sumber Asli
dan Alam Sekitar dan Ketua Menteri Sarawak, gimik pelancaran Hari Alam
Sekitar Negara, penyampaian Cabutan Bertuah dan lawatan ke Tapak
Pameran.
Friday, 14 October 2016
Taklimat MPSAS – Presentation Of Financial Statements
Taklimat MPSAS – Presentation Of Financial Statements yang disampaikan oleh Encik Ahmad Bin Seli dan Encik Chai Min Siam di Bilik Mesyuarat Utama pada 14 Oktober 2016.
Friday, 7 October 2016
Taklimat ISSAI 1200 & 1210
Taklimat ISSAI bertajuk ISSAI 1200: Overall
Objectives of the Independent Auditor and the Conduct of an Audit in
Accordance with International Standards of Auditing yang disampaikan oleh Puan Dayang Mushilawati dan ISSAI 1210: Terms of an Engagement oleh Encik Aziz Ahmad di Bilik Mesyuarat Utama pada 7 Oktober 2016.
Friday, 30 September 2016
Taklimat ISSAI 1000 & 1003
Taklimat ISSAI bertajuk ISSAI 1000: General Introduction To The INTOSAI Financial Audit Guidelines yang disampaikan oleh Puan Christina Jorek anak Rujin dan ISSAI 1003: Glossary To Financial Audit Guidelines oleh Cik Rebecca Sylvia Phang di Bilik Mesyuarat Utama pada 30 September 2016.
Majlis Doa Selamat
Majlis Doa Selamat
anjuran Jawatankuasa Khairat dan Minum Pagi telah diadakan di Bilik
Mesyuarat pada 30 September 2016 bagi menzahirkan kesyukuran di atas
kenaikan pangkat Tuan Haji Khalid Khan Bin Abdullah Khan yang akan
bertugas di Putrajaya bermula 4 Oktober 2016.
Thursday, 29 September 2016
Kursus Imej Dan Etiket Sosial
Kursus Imej dan
Etiket Sosial anjuran Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak telah
disampaikn oleh Encik Hafiz Mustapha, Perunding Imej dari CuteCarry Sdn.
Bhd di Auditorium tingkat 17 Bangunan Sultan Iskandar pada 29 September
2016. Intipati kursus tersebut adalah untuk memberi nasihat, tips
mengenai penampilan, kelakuan dan komunikasi selain daripada memahami
proses mengenali diri sendiri sama ada jenis klasikal, trendy,
sporty/kasual, romantik/whimsical atau dramatik. Ini adalah
penting bagi meningkatkan kepercayaan diri apabila berhadapan dengan
orang lain terutama apabila berdepan dengan pihak auditi ketika
melakukan kerja pengauditan.
Subscribe to:
Comments (Atom)











