SANSARAWAK
kali telah dikunjungi

Thursday, 15 October 2015

Lawatan Ahli KERAS ke Seoul, Korea

Destinasi lawatan ke luar Negara yang telah dipilih oleh Biro Rekreasi KERAS bagi tahun 2015 adalah ke Seoul, Korea Selatan. Lawatan tersebut telah diadakan mulai 15 hingga 20 Oktober 2015 dan disertai oleh 7 ahli KERAS dan seorang pegawai Unit Audit Dalam Kementerian Kesihatan Cawangan Sarawak. Perjalanan bermula dengan menaiki kapalterbang dari Kuching ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke Seoul. Kami tiba pada pukul 8.30 pagi waktu tempatan dan musim di Korea pada masa tersebut adalah musim luruh.
Program bermula dengan perjalanan ke destinasi pertama iaitu Nami Island yang mengambil masa 3 jam menggunakan coaster dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. Kami telah dibawa untuk menikmati hidangan tengahari di sebuah restoran tempatan yang menyajikan makanan tempatan Korea dan bermulalah episod ahli rombongan memakan kimchi yang merupakan menu sampingan tetap di Korea. Nami Island merupakan satu destinasi perlancongan yang sangat popular dan sinonim dengan drama Korea yang sangat popular di Malaysia pada satu ketika dahulu iaitu drama winter Sonata. Kami menggunakan feri untuk ke pulau tersebut dan telah diberi masa untuk mengambil gambar.
 
 Seterusnya, kami telah dibawa ke Mount Sorak National Park Resort, iaitu sebuah taman yang mempunyai permandangan yang sangat indah dan terdapat kuil Buddha yang masih digunakan oleh penganut agama Buddha. Setelah selesai sesi bergambar, kami telah dibawa menikmati makan malam dan seterusnya ke tempat penginapan. Keesokan harinya kami telah dibawa melawat ke tepi pantai dan Kimchi School yang menyediakan perkhidmatan mengajar pelancong cara menyediakan kimchi dan cara memakai pakaian tradisional Korea, Hanbok. Perjalanan balik ke Seoul memakan masa selama 3 jam dan kami telah dibawa ke tempat penginapan di Seoul selepas menikmati hidangan malam yang merupakan seafood steamboat.
 Hari ketiga pula kami telah dibawa melawat tempat pameran dan penjualan batu amethyts iaitu salah satu batu berharga yang ternama di Korea. Aktiviti pada hari ketiga juga melibatkan lawatan ke National Folk Museum, pine tree shop, korean herbal shop, kedai menjual barang kosmetik, National Folk Museum dan perjalanan melewati The Blue House iaitu kediaman rasmi presiden Korea dan membeli belah di Dongdaemun Market.
 Hari terakhir kami telah dibawa melawat ke Korea Braodcasting Station, Seaweed Museum, 3D Traditional Art Gallery, Donghwa Duty Free Shop,Ginseng Exhibition Hall, Bukchon Hanok Village, Kwangjang Silk Market, Cheongaechon Stream dan Namdaemun Market.
Rombongan kami berangkat balik pada 20 Oktober 2015 dan pada keseluruhannya, lawatan tersebut sangat bermakna kerana kami akhirnya berpeluang menjejak kaki ke tempat yang penuh bersejarah serta menikmati pemandangan musim luruh di Korea yang sangat indah dan cantik. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan Pengarah JAN Negeri Sarawak, Encik Khalid Khan Bin Abdullah Khan yang telah memberi sokongan padu terhadap aktiviti yang dirancang dan juga kepada ahli Keras yang telah sama-sama membantu dalam menjayakan aktiviti ini. Saya berharap lebih ramai lagi ahli KERAS serta keluarga yang akan menyertai lawatan ke luar negara pada tahun hadapan! Jom melancong!

Saturday, 10 October 2015

Program Hari Sukan Negara

Sambutan Hari Sukan Negara pada 10 Oktober 2015 bertempat di Padang Merdeka adalah bertujuan untuk menjadikan sukan sebagai budaya hidup. Menurut Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, pelbagai aktiviti sukan dan riadah diadakan bagi membina asas ke arah negara bersukan sebagai gaya hidup serta selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial melalui penyertaan dalam bidang sukan.


Majlis Perpisahan Encik Francis Liew Chon dan Encik Chang Thze Siong

Majlis Perpisahan untuk Encik Francis Liew Chon Khiong (W26) dan Encik Chang Thze Siong (W26) telah diadakan pada 9 Oktober 2015 di Bilik Mesyuarat Utama. Untuk makluman Encik Francis telah mula berkhidmat di Jabatan Audit Negara pada 2 Februari 1974 manakala Encik Chang pula mula berkhidmat pada 4 Jun 1977. Selamat maju jaya diucapkan.

Friday, 9 October 2015

Lawatan ke Stesen Radio CATs FM

Biro Rekreasi KERAS dengan kerjasama Seksyen STMK JAN Negeri Sarawak telah menganjurkan satu lawatan sambil belajar ke stesen radio CatsFM pada petang 8 Oktober 2015. Objektif lawatan adalah untuk menambah ilmu pengetahuan pegawai JAN Negeri Sarawak khususnya dalam bidang penyiaran radio. Aktiviti yang disertai seramai 27 orang bermula pada jam 2.30 petang dengan penerangan ringkas berkenaan organisasi dan aktiviti CatsFM yang telah disampaikan oleh juruhebah radio CatsFM, DJ Fuzz.
 CatsFM adalah stesen radio swasta pertama di Sarawak yang ditubuhkan pada tahun 1996 dan siarannya dikendalikan dalam dua bahasa iaitu dialek Melayu Sarawak dan Iban. CatsFM diwujudkan dengan objektif untuk menyalurkan maklumat kepada semua lapisan masyarakat di Sarawak dan juga membantu membangunkan imej industri muzik tempatan di Sarawak secara ammya.
 Lawatan menjadi lebih menarik apabila rombongan telah dibawa melawat ke Production Studio, Voice Tracking Room dan Main Conty Studio. DJ Fuzz juga membuat demonstrasi bagaimana proses penyiaran sesuatu segmen radio ke udara dikendalikan dan cara pengiklanan radio dibuat. Ahli rombongan juga diberi peluang melihat bagaimana rakaman iklan radio dilakukan dan juga diberi peluang untuk membuat rakaman suara bagi tujuan pengiklanan.
 Akhir kata, lawatan ini telah memberi peluang yang dapat meningkatkan pengetahuan ahli KERAS dengan penyaluran banyak maklumat dan pengetahuan baru kepada ahli terutamanya mengenai bidang penyiaran dan juga pengiklanan radio selain daripada mengeratkan silaturahim di antara ahli. Lawatan ini diakhiri dengan sesi fotografi bersama DJ Fuzz dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak CatsFM di atas kesudian berkongsi ilmu dengan JAN Negeri Sarawak.

Monday, 5 October 2015

Taklimat Bayaran Balik Pinjaman PTPTN & Promosi SSPN

Wakil Pegawai dari Pejabat PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) Negeri Sarawak berkesempatan berkunjung ke Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara pada 5 Oktober 2015 untuk menyampaikan taklimat berkenaan pembayaran balik pembiayaan PTPTN.
Kini PTPTN memberi kemudahan kepada peminjam untuk membayar balik pembiayaan dengan permotongan gaji. PTPTN juga sedia berunding dengan peminjam untuk membenarkan peminjam membuat pembayaran mengikut kemampuan. Peminjam juga boleh memohon untuk membuat Penstrukturan semula Jadual Bayaran Balik hutang dengan jumlah bulanan yang lebih rendah. Semua ini tertakluk kepada syarat dan terma yang telah ditetapkan.

 Pada akhir taklimat tersebut, kakitangan Jabatan yang masih lagi belum menjelaskan pembayaran balik PTPTN mereka telah membuat penyemakan baki pinjaman mereka dan proses pemotongan gaji telah diuruskan oleh Seksyen Pentadbiran dan Kewangan.