SANSARAWAK
kali telah dikunjungi

Wednesday, 30 March 2016

Bengkel Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) 2016


Bengkel yang diadakan di Auditorium INTAN Kampus Wilayah Sarawak pada 30 Mac 2016 telah dihadiri oleh 2 orang wakil dari Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak. Bengkel ini diadakan sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi Sektor Awam di Malaysia.





Taklimat pertama iaitu Pengenalan Kepada EKSA telah disampaikan oleh En. Hishamuddin Bin Ahmad (Penolong Pengarah Kanan MAMPU) dari Putrajaya menerangkan keperluan dan kepentingan EKSA dalam jabatan/agensi bagi meningkatkan prestasi serta daya saing organisasi bagi merealisasikan budaya kreatif dan inovatif.




Taklimat seterusnya diteruskan oleh Encik Ahmad Najme bin Muhammad selaku wakil dari Bahagian Perundingan Pengurusan 2 MAMPU dengan tajuk Tatacara Pengauditan EKSA. Antara kriteria yang ditetapkan dalam proses pengauditan tersebut adalah dari segi Keperluan Utama Pelaksanaan, Ruang Tempat Kerja/Pejabat, Tempat Umum, Keselamatan Persekitaran, Kawasan Persekitaran Jabatan (bagi Agensi yang mempunyai bangunan/kawasan sendiri), Kawasan Persekitaran Jabatan (bagi Agensi yang mempunyai bangunan sendiri tetapi berkongsi kawasan) dan Tempat Khusus (pusat latihan/masjid/balai polis/hospital/klinik).

info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak

Tuesday, 29 March 2016

Kursus Asas Microsoft Power Point

Kursus ini telah berlangsung di Kolej Komuniti selama 2 hari bermula dari 29 hingga 30 Mac 2016 dan telah dihadiri oleh 20 orang peserta. Kursus ini telah dikendalikan oleh Pn. Siti aishah bt. Reduan di mana objektif diadakan adalah untuk mendedahkan peserta secara asas penggunaan perisian Microsoft Power Point untuk membuat carta organisasi dan graf serta carta pai. Selain itu melalui perisian ini peserta dapat membina persembahan dengan memasukkan audio dan video yang mana lebih membuatkan persembahan lebih menarik semasa membuat dan mempersembahkan kerja-kerja pengauditan.





info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak

Monday, 28 March 2016

Kursus Pelaksanaan Penggunaan Sistem ePerolehan

Kursus Pelaksanaan Penggunaan Sistem ePerolehan telah diadakan pada tarikh 28 Mac hingga 30 Mac 2016 bertempat di eP Centre bangunan UTC Taman Kereta Bukit Mata Kuching. Kursus ePerolehan anjuran Kementerian Kewangan Malaysia ini dihadiri oleh peserta dari seksyen Pentadbiran & Kewangan Cawangan Audit Sibu, Miri dan Bintulu. Tujuannya adalah untuk mewajibkan setiap PTJ menggunakan sistem eP bagi memenuhi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan oleh Ketua Audit Negara.




info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak

Friday, 18 March 2016

Taklimat e-Akruan Bil.6/2014 & Bil.7/2014 – Interpretation Of Accounting Policies 1 & 2

Satu taklimat e-Akruan Bil.6/2014 & Bil.7/2014 bertajuk Interpretation Of Accounting Policies 1 & 2 telah disampaikan oleh En. Ambrose Nyusung pada 18 Mac 2016. Taklimat yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai konsep transaksi perakaunan untuk suatu tempoh dan rekod yang bukan berlaku semasa aliran tunai berlaku.


senarai MPSAS boleh didapati di sini --> KLIK






info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak

Tuesday, 8 March 2016

Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2016

Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak telah dijemput untuk menghadiri satu Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Antarabangsa Tahun 2016 pada 8 Mac 2016 bertempat di The spring Shopping Mall, Kuching.  Majlis anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dan Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) ini telah dirasmikan oleh YABhg. Datin Patinggi Dato Hajah Jamilah Haji Anu (isteri kepada Ketua Menteri Sarawak) dan turut dihadiri oleh YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah serta YB Dato’ Sri Rohani Abdul Karim. Majlis yang bertemakan “Pledge For Parity” adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat tentang kesaksamaan gender dalam pelbagai bidang yang diceburi.





info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak

Thursday, 3 March 2016

Penyerahan Alat Pemadam Api dan Pengesan Asap

Bertarikh 3 Mac 2016, Osafe Fire Inspection Sdn. Bhd telah menyerahkan Alat Pemadam Api dan Pengesan Asap yang telah ditempah oleh warga JAN. Penyerahan ini adalah lanjutan daripada tempahan yang dibuat semasa taklimat mengenai Pencegahan Kebakaran telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama pada 26 Februari 2016 oleh Encik Rueben selaku wakil daripada Pertubuhan Pencegah Kebakaran Kuala Lumpur (rujuk Taklimat Pencegahan Kebakaran Oleh Pertubuhan Pencegah Kebakaran Kuala Lumpur). Alat Pemadam Api jenis ABC ini adalah seberat 1kilogram dan sangat sesuai untuk simpanan di rumah dan di dalam kereta.






info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak