SANSARAWAK
kali telah dikunjungi

Sunday, 23 October 2016

Pink Walk & Ride 2016

Kempen Pink Walk & Ride 2016 anjuran Jabatan Wanita Dan Keluarga Sarawak telah diadakan pada 23 Oktober 2016 bertempat di perkarangan Dewan Undangan Negeri Lama dengan aktiviti senamrobik, acara 10,000 langkah dan 10 kilometer berbasikal. Acara ini telah dirasmikan oleh YABhg Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib dan diiringi oleh YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan Wanita dan Kesejahteraan Komuniti.


Saturday, 22 October 2016

Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2016 Peringkat Kebangsaan

Majlis Perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2016 Peringkat Negara telah diadakan pada 22 Oktober 2016 bertempat di Kuching Waterfront, Kuching Sarawak. Maljis dimulakan pada jam 8.00 pagi dengan ketibaan tetamu jemputan, tetamu kerhormat, ketibaan YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, ketibaan YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem, Ketua Menteri Sarawak. Acara seterusnya antara lain adalah nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Ibu Pertiwiku, persembahan Kebudayaan Negeri Sarawak, persembahan Bicara Berirama dan Choral Speaking, ucapan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Ketua Menteri Sarawak, gimik pelancaran Hari Alam Sekitar Negara, penyampaian Cabutan Bertuah dan lawatan ke Tapak Pameran.

 
 

Friday, 14 October 2016

Taklimat MPSAS – Presentation Of Financial Statements

Taklimat MPSAS – Presentation Of Financial Statements yang disampaikan oleh Encik Ahmad Bin Seli dan Encik Chai Min Siam di Bilik Mesyuarat Utama pada 14 Oktober 2016. 
 
 
 

Friday, 7 October 2016

Taklimat ISSAI 1200 & 1210

Taklimat ISSAI bertajuk ISSAI 1200: Overall Objectives of the Independent Auditor and the Conduct of an Audit in Accordance with International Standards of Auditing yang disampaikan oleh Puan Dayang Mushilawati dan  ISSAI 1210: Terms of an Engagement oleh Encik Aziz Ahmad di Bilik Mesyuarat Utama pada 7 Oktober 2016. 
 
 
 

Friday, 30 September 2016

Taklimat ISSAI 1000 & 1003

Taklimat ISSAI bertajuk ISSAI 1000: General Introduction To The INTOSAI Financial Audit Guidelines yang disampaikan oleh Puan Christina Jorek anak Rujin dan  ISSAI 1003: Glossary To Financial Audit Guidelines oleh Cik Rebecca Sylvia Phang di Bilik Mesyuarat Utama pada 30 September 2016.
 
 
 

Majlis Doa Selamat

Majlis Doa Selamat anjuran Jawatankuasa Khairat dan Minum Pagi telah diadakan di Bilik Mesyuarat pada 30 September 2016 bagi menzahirkan kesyukuran di atas kenaikan pangkat Tuan Haji Khalid Khan Bin Abdullah Khan yang akan bertugas di Putrajaya bermula 4 Oktober 2016.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Thursday, 29 September 2016

Kursus Imej Dan Etiket Sosial

Kursus Imej dan Etiket Sosial anjuran Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak telah disampaikn oleh Encik Hafiz Mustapha, Perunding Imej dari CuteCarry Sdn. Bhd di Auditorium tingkat 17 Bangunan Sultan Iskandar pada 29 September 2016. Intipati kursus tersebut adalah untuk memberi nasihat, tips mengenai penampilan, kelakuan dan komunikasi selain daripada memahami proses mengenali diri sendiri sama ada jenis klasikal, trendy, sporty/kasual, romantik/whimsical atau dramatik. Ini adalah penting bagi meningkatkan kepercayaan diri apabila berhadapan dengan orang lain terutama apabila berdepan dengan pihak auditi ketika melakukan kerja pengauditan.
 
 
 
 

Wednesday, 28 September 2016

Kunjungan Hormat Ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak

Kunjungan Hormat Puan Hajah Kartina bt. Zamhari, Pengarah Audit Negeri Sarawak ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak untuk sesi pertemuan dengan YB. Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak di Tingkat 20 Wisma Bapa Malaysia pada 28 September 2016 yang turut dihadiri oleh Tuan Haji Khalid Khan bin Abdullah Khan, Pengarah Sektor Kewangan 1 di Ibu Pejabat Putrajaya.
 
 
 

Tuesday, 27 September 2016

Majlis Keraian

Majlis Keraian telah diadakan pada 27 September 2016 di Bilik Mesyuarat Utama untuk meraikan Tuan Haji Khalid Khan bin Abdullah Khan, Pengarah Audit Negeri Sarawak yang telah ditawarkan pemangkuan ke gred JUSA B sebagai Pengarah Sektor Kewangan 1 di Ibu Pejabat Putrajaya mulai 19 September 2016. Tuan Haji Khalid Khan bin Abdullah Khan memulakan tugasnya di JAN Sarawak sebagai Pengarah Audit Negeri Sarawak pada 7 Julai 2008 dan tugas beliau kini disandang oleh Puan Hajah Kartina bt. Zamhari. Tahniah dan Selamat Datang diucapkan.
 
 
 
 
 

Monday, 19 September 2016

Perjumpaan Pengarah Bersama Pegawai Gred W32 & Ke Atas

Perjumpaan Puan Hjh. Kartina bt. Zamhari, Pengarah Audit Negeri Sarawak bersama pegawai Audit gred W32 dan ke atas pada 19 September 2016 di Bilik Mesyuarat Utama bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan tugasan yang dilaksanakan dalam bidang pengauditan, tugasan Seksyen Pentadbiran & Kewangan serta tugasan Seksyen Teknologi Maklumat & Komunikasi . Untuk makluman, Puan Hjh. Kartina bt. Zamhari menggantikan Tuan Hj. Khalid Khan bin Abdullah Khan yang telah ditawarkan pemangkuan ke gred JUSA B sebagai Pengarah Sektor Kewangan 1 di Ibu Pejabat Putrajaya.