Biro Rekreasi KERAS dengan kerjasama Seksyen STMK JAN Negeri Sarawak
telah menganjurkan satu lawatan sambil belajar ke stesen radio CatsFM
pada petang 8 Oktober 2015. Objektif lawatan adalah untuk menambah ilmu
pengetahuan pegawai JAN Negeri Sarawak khususnya dalam bidang penyiaran
radio. Aktiviti yang disertai seramai 27 orang bermula pada jam 2.30
petang dengan penerangan ringkas berkenaan organisasi dan aktiviti
CatsFM yang telah disampaikan oleh juruhebah radio CatsFM, DJ Fuzz.
CatsFM
adalah stesen radio swasta pertama di Sarawak yang ditubuhkan pada
tahun 1996 dan siarannya dikendalikan dalam dua bahasa iaitu dialek
Melayu Sarawak dan Iban. CatsFM diwujudkan dengan objektif untuk
menyalurkan maklumat kepada semua lapisan masyarakat di Sarawak dan juga
membantu membangunkan imej industri muzik tempatan di Sarawak secara
ammya.
Lawatan menjadi lebih menarik apabila rombongan telah dibawa melawat ke Production Studio, Voice Tracking Room dan Main Conty Studio.
DJ Fuzz juga membuat demonstrasi bagaimana proses penyiaran sesuatu
segmen radio ke udara dikendalikan dan cara pengiklanan radio dibuat.
Ahli rombongan juga diberi peluang melihat bagaimana rakaman iklan radio
dilakukan dan juga diberi peluang untuk membuat rakaman suara bagi
tujuan pengiklanan.
Akhir kata, lawatan ini telah memberi peluang yang dapat meningkatkan
pengetahuan ahli KERAS dengan penyaluran banyak maklumat dan pengetahuan
baru kepada ahli terutamanya mengenai bidang penyiaran dan juga
pengiklanan radio selain daripada mengeratkan silaturahim di antara
ahli. Lawatan ini diakhiri dengan sesi fotografi bersama DJ Fuzz dan
setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak CatsFM di atas
kesudian berkongsi ilmu dengan JAN Negeri Sarawak.





No comments:
Post a Comment