KERAS telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Ping Pong Jabatan dan
Agensi Persekutuan Sarawak Piala Setiausaha Persekutuan Sarawak anjuran
Jawatankuasa Gabungan Jabatan dan Agensi Persekutuan Kuching pada 7-8
November 2015 di Tingkat 17 Bangunan Sultan Iskandar. Tujuh belas
pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut dengan
syarat setiap pasukan boleh diwakili oleh sebuah Kelab atau dibenarkan
dua kelab bergabung. KERAS telah menghantar 7 Ahli untuk pertandingan
tersebut yang diwakili oleh JU @ Adog Anak Ha, Anthony Jong, Robinson
Tan Soo Ek, Chai Min Siam, Ramzi Bin Yusup, Abang Mohd. Hafiizh Bin
Abang Median dan Mohammad Hafizi Bin Yusuf. KERAS telah berjaya dalam
pertandingan pusingan pertama pertandingan tersebut dan layak bermain di
pusingan kedua iaitu di peringkat suku akhir . Jabatan yang terlibat
dalam pusingan pertama secara berliga adalah Jabatan Audit, Suruhajaya
Perkhidmatan Awam, Setiausaha Persekutuan Sarawak dan Jabatan Kastam Dan
Eksais dengan keputusan 2-1, 2-1, dan 0-3. Bagaimanapun KERAS telah
tercundang di peringkat suku ahhir kepada Jabatan Perikanan laut dengan
keputusan 3-0. Kejohanan tersebut telah dimenangi oleh Johan Tentera
Udara Di Malaysia, Naib Johan gabungan Jabatan Imigresen dan Jabatan
Polis Diraja Malaysia dan tempat ketiga dimenangi oleh Jabatan Perikanan
Laut.
info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak

No comments:
Post a Comment