Satu taklimat
mengenai Pencegahan Kebakaran telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama
pada 26 Februari 2016 sebagai pengenalan dan memberikan pendedahan
mengenai bahayanya kebakaran walaupun ketika dalam situasi yang nampak
tidak begitu bahaya. Taklimat yang diberikan oleh Encik Rueben selaku
wakil daripada Pertubuhan Pencegah Kebakaran Kuala Lumpur ini secara
tidak langsung dapat memberikan ilmu pengetahuan mengenai cara untuk
memilih jenis pemadam api yang betul termasuk cara untuk mencegah
kebakaran serta memperkenalkan peralatan yang digunakan untuk mengesan
sebarang tanda bahaya kebakaran seperti alat pengesan asap yang paling
sesuai dipasang di rumah.






Selain daripada itu
juga, Encik Rueben juga memberikan tips untuk memilih alat pemadam api
yang betul untuk disimpan di rumah atau kereta seperti tips memilih
pemadam api standard Malaysia yang mempunyai kelulusan SIRIM dan pemadam
api standard British yang mendapat kelulusan DNV serta cara memilih
alat pemadam api yang mempunyai AES (anti-explosion system) iaitu alat
pemadam api yang sesuai untuk disimpan di dalam kenderaan.
info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak
No comments:
Post a Comment