SANSARAWAK
kali telah dikunjungi

Thursday, 21 April 2016

Grand Finale Sejiwa Senada 2016 Metrocity Matang (Kuching)


Bertarikh 21 – 24 April 2016, Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak (JANNS) telah dijemput sekali lagi untuk menyertai Program Sejiwa Senada di Metrocity, Matang yang merupakan Grand Finale Sejiwa Senada 2016. Sebanyak 234 agensi termasuk JANNS telah menyertai program tersebut dengan 357 tapak pameran disediakan. Program ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem (Ketua Menteri Sarawak) dan menarik sekitar lebih 500,000 pengunjung. Selain daripada pameran, program tersebut juga dimeriahkan dengan kehadiran artis jemputan seperti Hafiz, Dayang Nurfaizah, Akim dan Jay-Jay. Sempena acara Grand Finale ini, sebanyak 5 buah kenderaan iaitu 2 Toyota Hilux, 2 Toyota Vios dan 1 Perodua Axia ditawarkan dalam cabutan e-Peraduan.










info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak

Friday, 15 April 2016

Program Sejiwa Senada Kota Samarahan


Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak (JANNS) telah menyertai Program Sejiwa Senada yang diadakan di Perkarangan Dewan Suarah Kota Samarahan pada 15 – 17 April 2016. Sebanyak 212 agensi termasuk JANNS telah menyertai program tersebut di mana 274 tapak pameran telah disediakan oleh pihak penganjur. Program ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi (Timbalan Perdana Menteri) dan berjaya menarik sekitar lebih 100,000 pengunjung. Perbagai aktiviti telah disediakan seperti persembahan daripada Kumpulan Pentarama dan Pentas Rakyat, demo masakan, senamrobik, larian Sejiwa Senada serta pertandingan Voice of Samarahan. Program ini juga dimeriahkan dengan kehadiran artis jemputan khas seperti Datuk Jamal Abdillah, Dayang Nurfaizah, Ifa Raziah, Ricky Andrewson, dan Amir Ukays. Cabutan e-Peraduan telah menjadi acara utama di mana sebuah kereta MyVi sebagai hadiah utama selain 20 buah motosikal.



Booth JANNS  menjadi tumpuan pengunjung bagi mendapatkan informasi yang berkaitan dengan pengauditan selain untuk mendapatkan cop Jabatan sebagai salah satu daripada syarat untuk melayakkan diri dalam cabutan e-Peraduan.





Booth JANNS juga telah dilawati oleh Y.A.B Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg (Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak) dan YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani (Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak).



info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak



Thursday, 14 April 2016

Sambutan Harijadi Pegawai Bulan Mac dan April

Majlis Sambutan Harijadi Pegawai yang menyambut harijadi pada bulan Mac dan April telah diadakan selepas Majlis Perpisahan Pegawai pada tarikh 14 April 2016 di Bilik Mesyuarat Utama. Selamat Harijadi…



info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak

Majlis Perpisahan Pegawai

Satu Majlis Perpisahan Pegawai telah diadakan pada 14 April 2016 di Bilik Mesyuarat Utama bagi meraikan Encik Mike Marthenson Jalang Bundai yang akan ditempatkan di Unit Audit Dalam Kementerian Kesihatan di Putrajaya (dari gred W41 kepada gred W44). Turut bersama adalah Encik Ambrose Anak Nyusung yang juga dinaikkan pangkat dari gred W41 kepada gred W44 yang akan ditempatkan di Unit Audit Dalam Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat di Putrajaya. Selamat maju jaya diucapkan.




info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak

Tuesday, 5 April 2016

Kursus Asas Microsoft Excel di Kolej Komuniti

Kursus ini telah berlangsung di Kolej Komuniti selama 2 hari bermula dari 5 hingga 6 April 2016 dan telah dihadiri oleh 17 orang peserta. Kursus ini telah dikendalikan oleh Puan Fayzatol Jamiyaah binti Abdul Rahim selaku tenaga pengajar dari Kolej Komuniti. Objektif kursus ini diadakan adalah untuk mendedahkan secara asas penggunaan perisian Microsoft Excel seperti penggunaan carta, pengiraan secara automatik, jadual dan membuat helaian kerja dalam kerja seharian semasa membuat kerja-kerja pengauditan.








info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak

Friday, 1 April 2016

Taklimat ISSAI 1 & 10 Oleh Dr. Ambrose Anak Dango

Satu taklimat ISSAI telah disampaikan oleh Dr. Ambrose anak Dango pada 1 April 2016. Taklimat yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai International Standards of Supreme Audit Institutions (ISSAI) iaitu mengenai ISSAI 1 : The LIMA Declaration yang mengandungi semua senarai matlamat dan isu-isu komprehensif yang berkaitan dengan pengauditan kerajaan. DOWNLOAD ISSAI 1




Sesi seterusnya disambung dengan tajuk ISSAI 10 : Mexico Declaration on SAI Independence yang merujuk kepada kewujudan rangka kerja yang bersesuaian dan efektif dengan perlembagan / undang-undang negara, kebebasan / keselamatan / imuniti petugas SAI semasa menjalankan tugasan pengauditan di tempat / negara auditi dan kebenaran untuk mendapat maklumat / akses tanpa had daripada pihak auditi. DOWNLOAD ISSAI 10




info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak