YBhg. Tan Sri Hj.
Ambrin bin Buang, Ketua Audit Negara telah dijemput untuk memberi
ceramah bertajuk Memperbaiki Penggunaan dan Kecekapan Kos Dana Sektor
Awam Melalui Pemantauan Perlaksanaan dan Pengurusan Kewangan Berhemat di
Hotel Riverside Majestic pada 30 Ogos 2016. Jemputan ini adalah
daripada Pusat Pengajian Perakaunan (PPP), Kolej Perniagaan Universiti
Utara Malaysia yang bertujuan untuk memfokuskan isu kewangan dan
pengauditan yang menjadi amalan penjawat awam selain daripada
mengetengahkan isu-isu serta cabaran yang berkaitan dengan tadbir urus
organisasi sektor awam. Seminar ini juga telah dihadiri oleh warga
sektor awam dari kalangan akauntan dan juruaudit Kementerian, Jabatan
Kerajaan, Pihak Berkuasa tempatan, Badan berkanun Negeri dan
Persekutuan.
Sesi ceramah YBhg. Tan Sri diakhiri dengan soal jawab dan bergambar bersama para jemputan yang hadir.
kali telah dikunjungi
Tuesday, 30 August 2016
Saturday, 27 August 2016
Program Pencegahan Virus Zika
Taklimat mengenai Pencegahan Kepada Virus Zika telah diadakan di Pustaka
Negeri Sarawak, Petrajaya Kuching pada 27 Ogos 2016. Taklimat ini
dikelolakan oleh Pustaka Negeri Sarawak bersama dengan Hospital Umum
Sarawak. Program ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan kepada umum
mengenai bahaya virus zika dan cara pencegahannya.
Friday, 26 August 2016
Taklimat ISSAI 100
Taklimat ISSAI bertajuk ISSAI 100: Fundamental Principles of Public Sector Auditing yang disampaikan oleh Puan Norma Wenceslaus di
Bilik Mesyuarat Utama pada 19 Ogos 2016.
Friday, 19 August 2016
Taklimat ISSAI 30 & 40
Taklimat ISSAI bertajuk ISSAI 30: Code of Ethics yang disampaikan oleh Puan Siti Eishah dan ISSAI 40: Quality Control For SAIs (Implementation Guidance and Tools) oleh Puan Bibiana Sinos di Bilik Mesyuarat Utama pada 19 Ogos 2016.
Wednesday, 17 August 2016
Latihan Percukaian Seksyen Audit Cukai Pendapatan
Latihan
Percukaian Seksyen Audit Cukai Pendapatan telah diadakan pada 15 – 17
Ogos 2016 di Bilik Sindiket. Latihan anjuran Cawangan Audit Cukai
Pendapatan, Sektor Audit Kerajaan Persekutuan ini telah disampaikan oleh
Encik Saiful Anuar bin Mohd Jaafar (Timbalan Pengarah Audit Cukai
Pendapatan, Encik Mohd Noar bin Ibrahim (Penasihat Percukaian) dan Puan
Wan Halizam binti Wan Abdullah (urusetia Pegawai Latihan Cawangan Audit
Cukai Pendapatan Ibu Pejabat – W36). Tujuan latihan ini adalah untuk
memberi maklumat dan pengetahuan termasuk pengenalan kepada Lebmaga
Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) , Akta dan peraturan penting serta
pengiraan asas dalam percukaian.
Sesi latihan pada hari pertama merangkumi taklimat mengenai Status Kemajuan Kerja (Kajian Cukai Bagi LKAN 2015 Siri 2), Pengauditan Prestasi Tahun 2016, Pengenalan Percukaian dan Tax Administration.
Hari kedua dimulakan dengan taklimat mengenai Pencukaian (Pungutan) dan Latihan Percukaian yang diadakan di Seksyen Audit Cukai Pendapatan di Wisma Hasil.
Pada hari terakhir, sesi Latihan Percukaian disambung dan diakhiri dengan sesi Soal Jawab Percukaian.
Sesi latihan pada hari pertama merangkumi taklimat mengenai Status Kemajuan Kerja (Kajian Cukai Bagi LKAN 2015 Siri 2), Pengauditan Prestasi Tahun 2016, Pengenalan Percukaian dan Tax Administration.
Hari kedua dimulakan dengan taklimat mengenai Pencukaian (Pungutan) dan Latihan Percukaian yang diadakan di Seksyen Audit Cukai Pendapatan di Wisma Hasil.
Pada hari terakhir, sesi Latihan Percukaian disambung dan diakhiri dengan sesi Soal Jawab Percukaian.
Friday, 12 August 2016
Kursus Pra Persaraan
Kursus
Pra Persaraan anjuran Sekolah Pengurusan Akademi Audit Negara telah
berlangsung dari 8 hingga 12 Ogos 2016 di Hotel Grand Continental,
Langkawi. Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan
kepada peserta tentang makna, mitos, manfaat, cabaran dan keperluan
dalam menghadapi fasa pra persaraan dan tempoh sebenar fasa persaraan.
Seramai 5 orang dari Jabatan Audit Negeri Sarawak telah menghadiri
kursus tersebut iaitu Encik Poh Eng Teng (W36), Puan Sadiah bt Reduan
(W36), Encik Voon Boon Loi (W26), Encik Radzuan bin Sam (W22) dan Puan
Anna anak Adon (N17). YBhg. Tan Sri Hj. Ambrin bin Buang (Ketua audit
Negara) turut hadir untuk menyampaikan sijil kursus kepada peserta.
Sunday, 7 August 2016
Program Bazar Seni
Jabatan
Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Sarawak dan Persatuan Anak Seni
Kenyalang (AKSARA) menganjurkan program Bazar Seni Negeri Sarawak pada 5
- 7 Ogos 2016 bertempat di Godown Amphitheatre Waterfront, Kuching.
Antara pengisian program ialah pameran dan jualan oleh penggiat seni
budaya, pencarian bakat, persembahan kesenian, larian dan senam tari. Sempena
program tersebut, JANNS telah menerima jemputan untuk turut serta dalam
aktiviti senam tari pada 7 Ogos 2016 yang disertai oleh seramai 5
pegawai iaitu cik Massuriani bt Madli, Encik Muhamad Asrul bin Ahmad ,
Cik Ashafidah bt Fathi, Cik Dahlia bt Pini dan Cik Peggy Liaw Wan Gene.
Aktiviti senam tari tersebut bermula pada jam 8.00 pagi dan tamat pada
jam 9.00 pagi.
Friday, 5 August 2016
Wednesday, 3 August 2016
Awareness Dan Pengujian Sistem Pembangunan Sistem Kertas Kerja Audit Elektronik Jabatan Audit Negara
Sesi taklimat bertajuk Awareness Dan
Pengujian Sistem Pembangunan Sistem Kertas Kerja Audit Elektronik
Jabatan Audit Negara telah berlangsung pada 2 hingga 3 Ogos 2016 di
Bilik Mesyuarat Utama. Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Y
Hamdan Bin Mohd. Dom, Cik Rosmasni Binti Md Isa, Puan Zurialinda Binti
Abdul Jabal dan Encik Kamaruzaman Bin Bujang dari Bahagian Pengauditan
ICT Sektor Audit Khas & Penyelidikan, Cik Raftah Binti Ibrahim dari
Cawangan Audit Kewangan Sektor Audit Kerajaan Persekutuan, Puan Siti
Hawa Binti Azman dari Bahagian Teknologi Maklumat dan Encik Suhardi Bin
Mat Rasid yang merupakan vendor dari Kometsoft (M) Sdn. Bhd. Taklimat
pada hari pertama telah dihadiri oleh peserta dari Seksyen Audit
Perbendaharaan Negeri dan Sekyen Audit Kerajaan Persekutuan dengan topik
perbincangan adalah mengenai Pengunaan GPPK, Pelaksanaan Pengauditan
& Pelaporan Cawangan Audit, Pengauditan Akaun Amanah dan Analisi
Data.
Sesi diteruskan pada 3 Ogos dan dihadiri oleh Seksyen Audit Badan Berkanun Persekutuan dan Seksyen Audit Badan Berkanun Negeri untuk membincangkan proses pengauditan Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri, pengauditan Pihak Berkuasa Tempatan, pengauditan Majlis Agama Islam dan pengauditan yang dilaksanakan oleh Firma Audit Swasta di Bilik Mesyuarat Utama.
Seksyen Kewangan Kerajaan Persekutuan membuat video conferencing bersama seksyen Persekutuan cawangan Bintulu, Miri dan Sibu di Bilik Menunggu.
Sesi
perbincangan disambung pada sebelah petangnya dan dipecahkan kepada 2
kumpulan iaitu Seksyen Audit Perbendaharaan Negeri di Bilik Mesyuarat
Utama bersama dengan Encik Y Hamdan Bin Mohd. Dom, Cik Rosmasni Binti Md
Isa, Puan Zurialinda Binti Abdul Jabal dan Encik Kamaruzaman Bin
Bujang, Puan Siti Hawa Binti Azman dan Encik Suhardi Bin Mat Rasid.
Manakala Seksyen Audit Kerajaan Persekutuan bersama dengan Cik Raftah
Binti Ibrahim di Bilik Sindiket.
Sesi diteruskan pada 3 Ogos dan dihadiri oleh Seksyen Audit Badan Berkanun Persekutuan dan Seksyen Audit Badan Berkanun Negeri untuk membincangkan proses pengauditan Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri, pengauditan Pihak Berkuasa Tempatan, pengauditan Majlis Agama Islam dan pengauditan yang dilaksanakan oleh Firma Audit Swasta di Bilik Mesyuarat Utama.
Seksyen Kewangan Kerajaan Persekutuan membuat video conferencing bersama seksyen Persekutuan cawangan Bintulu, Miri dan Sibu di Bilik Menunggu.
Subscribe to:
Comments (Atom)

























