SANSARAWAK
kali telah dikunjungi

Friday, 18 December 2015

Majlis Perpisahan Pelajar Praktikum

 Majlis Perpisahan Pelajar Praktikum telah diadakan pada 18 Disember diiringi dengan penyampaian Sijil Praktikum kepada En. Mohd Aizat Bin Naim yang telah menjalani praktikum bermula dari 7 September 2015 hingga 18 Disember 2015. Beliau merupakan pelajar yang mengambil Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat di UiTM. Selamat maju jaya diucapkan.

Thursday, 17 December 2015

Seminar Kepimpinan Muda INTAN Sarawak 2015

 Seminar Kepimpinan Muda anjuran INTAN Sarawak telah berlangsung pada 16 Disember 2015 di INTAN Kampus Sarawak. Seminar ini dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan diteruskan dengan sesi motivasi oleh YBhg. Dato’ Fazley Yaacod selaku usahawan & motivator dengan tajuk ‘Cabaran Jurang Komunikasi Intra Generasi’. Pada sebelah petangnya pula, sesi diteruskan dengan tajuk ‘Kepimpinan Muda Melalui Sukan dan Rahsia Kejayaan’ oleh Encik Joseph Kalang Tie iaitu kapten pasukan bolasepak Sarawak dan sesi terakhir oleh YBrs. Puan Maryanni Masarip dengan tajuk ‘Imej Pemimpin Muda Berpengaruh’.


info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak

Wednesday, 9 December 2015

JANNS Mendapat Sijil Naziran Bersih dari Jabatan Akauntan Negara

Bertarikh 8 Disember 20145, Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak telah mendapat penganugerahan Sijil Naziran Bersih dari Jabatan Akauntan Negara. Majlis telah berlangsung di Auditorium Tingkat 17, Bangunan Sultan Iskandar, Kuching, Sarawak.
Timbalan Pengarah Audit Negeri, Puan Hajah Toieyah Binti Hj. Tioh telah mewakili JANNS untuk menerima sijil tersebut. JANNS memperoleh 92.22% hasil daripada naziran yang telah dilaksanakan.

info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak

Wednesday, 2 December 2015

Persidangan Juruaudit Sektor Awam Tahun 2015 Hari Kedua

 Bertarikh 1 Disember 2015 , persidangan untuk hari kedua diteruskan dengan pembentangan bertajuk Pelaksanaan eAudit oleh Encik Y Hamdan Md. Dom (Timbalan Pengarah Bahagian Pengauditan ICT), Program Pembelajaran ISSAIs Secara Elektronik oleh Puan Farizah Harman (Ketua Penolong Pengarah Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan), Reviu Kertas Kerja Firma Audit Swasta oleh Encik Lim Chin Teong (Timbalan Pengarah Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan dan Standard Pengauditan Juruaudit Dalaman oleh Encik Mohd Khaidzir Shahari (Naib Presiden Institut Juruaudit Dalaman Malaysia) sebelum berhenti rehat untuk makan tengahari.
Pembentangan diteruskan dengan tajuk Kecemerlangan Kepimpinan Nilai & Etika dalam Tugas oleh Encik Shukri Ibrahim daripada Shukri Consultancy sebelum rumusan persidangan dan majlis penutup pada sebelah petangnya.

info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak

Tuesday, 1 December 2015

Majlis Makan Malam Bersama Ketua Audit Negara

 Majlis Makan Malam Bersama Ketua Audit Negara telah berlangsung pada 30 November 2015 bertempat di Pusat Konvensyen Aman Jaya Casuarina @ Meru, Ipoh Perak yang dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Haji Nor Imran bin Che Me, ucapan daripada Encik Saharuddin bin Mahmud (Pengarah Audit Negeri Perak) dan seterusnya oleh YBhg. Tan Sri Hj. Ambrin Bin Buang (Ketua Audit Negara).
 Majlis diteruskan dengan Penyampaian Anugerah Inovasi Jabatan Audit Negara Tahun 2015 dan Anugerah Sukarelawan Jabatan Audit Negara oleh YBhg. Tan Sri di mana Encik Anthony Jong telah mendapat hadiah saguhati berupa wang tunai sejumlah RM100.00 dalam Pertandingan Video Pendek yang telah dianjurkan oleh Jabatan Audit Negara.
 Selain daripada penyampaian anugerah, majlis juga dimeriahkan dengan persembahan 70an daripada Kumpulan Gema Warisan, karaoke dan tarian 70an warga Jabatan Audit Negeri Perak, persembahan sketsa tahun 70an daripada Jabatan Audit Negeri Terengganu dan persembahan tarian etnik Orang Ulu yang bertajuk ‘Ngeleak Hak Awang’ daripada Jabatan Audit Negeri Sarawak.

info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak

Perasmian Booth Pameran Kumpulan Inovatif dan Kreatif JAN Sarawak

  Sempena dengan Hari Audit 1Malaysia & Persidangan Juruaudit Sektor Awam 2015 di Perak, Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak (tempat ketiga KIK 2014) telah dijemput untuk membuka booth pameran di Hotel Casuarina @ Meru Ipoh bersama-sama dengan pasukan KIK dari JAN Terengganu (juara KIK 2014) dan pasukan KIK dari Sektor Audit Kerajaan Persekutuan (naib johan KIK 2014).
Booth JAN Sarawak juga telah dikunjungi oleh wakil dari Dewan Bandaraya Kuching Utara dan agensi lain yang turut hadir untuk menerima Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2014.
 Pameran ini dikunjungi oleh YBhg. Tan Sri Haji Ambrin Bin Buang (Ketua Audit Negara), Y.A.B Dato’Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir (Menteri Besar Perak) dan tetamu kehormat yang lain mendapat sambutan yang hangat di mana selain daripada melihat pameran yang diadakan, mereka juga boleh merasa kek lapis dan gula-gula lada hitam yang dihidangkan.

Persidangan Juruaudit Sektor Awam Tahun 2015 Hari Pertama

Persidangan Juruaudit Sektor Awam Tahun 2015 telah berlangsung pada 30 November sempena Hari Audit 1Malaysia di Pusat Konvensyen Aman Jaya, Casuarina @ Meru Ipoh, Perak. Majlis telah dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Haji Ambrin Bin Buang (Ketua Audit Negara), Y.A.B Dato’Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir (Menteri Besar Perak) dan tetamu kehormat yang lain.

Majlis yang bertemakan “Pemantapan Profesionalisme Menjamin Audit Berkualiti” dimulakan dengan lagu Negaraku, lagu Negeri Perak dan lagu Korporat Jabatan Audit Negara yang dipersembahkan oleh kumpulan koir Jabatan Audit Negara. Selesai persembahan, acara diteruskan dengan bacaan doa oleh YBhg. Sahibul Fadhilah Tuan Haji Abdul Farid Salleh (Imam Besar Masjid Negeri Perak), ucapan aluan oleh Ketua Audit Negara, perasmian dan pelancaran Panduan Tatacara Meterialiti & Persampelan serta Hand Book Pengauditan Air & Alam Sekitar oleh Y.A.B Menteri Besar.
Majlis diteruskan dengan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2014 oleh Ketua Audit Negara dan sesi bergambar bersama penerima anuegerah. Senarai penerima dari negeri Sarawak adalah Lembaga Pelabuhan Kuching, Kementerian Kemajuan Tanah Sarawak, Jabatan Ketua Menteri Sarawak, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Dewan Bandaraya Kuching Utara, Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak, Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak, Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak, Kementerian Permodenan Pertanian Sarawak, Majlis Bandaraya Miri, Kementerian Pelancongan Sarawak, Majlis Perbandaran Sibu, Pejabat Residen Bahagian Bintulu, Majlis Daerah Marudi dan Pejabat Residen Bahagian Mukah.
Acara pada sebelah petangnya pula dimulakan dengan pembentangan bertajuk Pembangunan Petunjuk Prestasi Utama Penjawat Awam oleh Pn. Norisah Abdul Rahim (Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam) dan pembentangan bertajuk Pembangunan Petunjuk Prestasi Utama : Isu dan Cabaran oleh YBhg. Dato’ Muhammad Salim Sundar Abdullah (Pengarah Bahagian Pemantauan dan Penyelaras Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).