SANSARAWAK
kali telah dikunjungi

Monday, 23 May 2016

Taklimat bertajuk Pengenalan Persaraan dan Pencen Terbitan (Dalam Perkhidmatan) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama pada tarikh 23 Mei 2016 oleh Encik Hafizuldin Bin Mahmud, Penolong Pengarah M44 dari Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam. Objektif taklimat ini adalah untuk memberikan penghargaan terhadap perkhidmatan penjawat awam, mengadakan bentuk sara hidup selepas bersara dari perkhidmatan dan mengadakan skim pampasan terhadap bencana (pencen hilang upaya atau tanggunggan).
Secara umumnya, skim pencen sektor awam di Malaysia merangkumi penjawat awam yang layak adalah terdiri daripada penjawat Perkhidmatan Awam (Persekutuan / Negeri / Badan Berkanun & Kuasa Tempatan), Hakim, Anggota Pentadbiran & Ahli Parlimen, Setiausaha Politik dan Angkatan Tentera di mana faedah tersebut merupakan Hak Mutlak seseorang penjawat awam untuk mendapat pampasan dan ganjaran bagi perkhidmatan yang lepas. Faedah yang dimaksudkan merangkumi Ganjaran Perkhidmatan, Pencen Perkhidmatan, Wang Tunai Gantian Cuti Rehat dan Kemudahan Rawatan Perubatan. Lanjutan daripada taklimat ini boleh didapati daripada SINI.
 info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak

Friday, 20 May 2016

Perjumpaan Pengarah Bersama Warga JAN Cawangan Bintulu

Perjumpaan yang berlangsung pada 20 Mei 2016 di Pejabat Audit Cawangan Bintulu di Wisma Persekutuan merangkumi perbincangan mengenai pengisian perjawatan di Cawangan Bintulu, Pelan Transformasi Jabatan (PTJ), bajet 2016, laporan status / aktiviti pengauditan seksyen Negeri & Persekutuan dan hal-hal pentadbiran serta hal-hal kebajikan.

 info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak

Thursday, 19 May 2016

Majlis Makan Malam Warga JAN Cawangan Bintulu Bersama Pengarah

Majlis Makan Malam sempena lawatan rasmi Pengarah Audit Negeri Sarawak ke JAN Cawangan Miri pada 19 – 20 Mei 2016 telah diadakan di Hotel Li Hua, Bintulu. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Encik Jason Padan Gabar seterusnya ucapan ringkas daripada Tuan Pengarah. 


info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak

Perjumpaan Pengarah Bersama Warga JAN Cawangan Miri

Perjumpaan yang berlangsung pada 19 Mei 2016 di Tingkat 15 Bangunan Plaza Yu Lan merangkumi perbincangan mengenai pengisian perjawatan di Cawangan Miri, Pelan Transformasi Jabatan (PTJ), bajet 2016 dan hal-hal pentadbiran serta hal-hal kebajikan.


 info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak

Wednesday, 18 May 2016

Majlis Makan Malam Warga JAN Cawangan Miri Bersama Pengarah

Majlis Makan Malam sempena lawatan rasmi Pengarha Audit Negeri Sarawak ke JAN Cawangan Miri pada 18 – 19 Mei 2016 telah diadakan di Begonia Room Mega Hotel, Miri. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Emillia seterusnya ucapan ringkas daripada Tuan Pengarah.

 Majlis makan malam dimeriahkan lagi dengan sesi karaoke, cabutan bertuah, mummy game dan musical chair.
Majlis makan malam diakhiri dengan sesi bergambar bersama Tuan Pengarah.
 info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak