SANSARAWAK
kali telah dikunjungi

Monday, 30 November 2015

Majlis Makan Malam Anjuran Kerajaan Negeri Perak

 Majlis Makan Malam anjuran Kerajaan Negeri Perak sempena Hari Audit 1Malaysia (HA1M) telah diadakan pada 29 November 2015 di Dewan Bankuet SUK Perak. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato’Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir iaitu Menteri Besar Perak.

Program Kemasyarakatan di Kampung Bawong, Sungai Siput Perak

 Program Kemasyarakatan sempena Hari Audit 1Malaysia (HA1M) telah berlangsung pada 29 November 2015 bertempat di Kampung Bawong, Sungai Siput Perak. Program ini telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Mohd Zolkafly bin Harun (ADUN Lintang) dan juga dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Hj. Ambrin Bin Buang (Ketua Audit Negara), Datuk Lt. Kol. (K) Hj. Anwari Bin Suri (Timbalan Ketua Audit Negara (Persekutuan) dan Dato’Mustafa Bin Hj. Saman (Timbalan Ketua Audit Negara (Negeri).
 Antara aktiviti yang diadakan sempena program tersebut adalah seperti senaman, mengecat rumah penduduk yang terpilih, mengecat pagar dan membaiki pondok tabika, membersihkan Masjid Kampung Bawong, membersihkan kawasan kampung, memasak, pertandingan mewarna, pertandingan sepak raga, penyampaian sumbangan kotak makanan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan(YBDUR) oleh ADUN Lintang, penyampaian cenderahati kepada wakil penduduk kampung oleh Ketua Audit Negara dan penyampaian cenderahati kepada Ketua Audit Negara oleh Pengerusi JKKK Pos Chenein mewakili penduduk kampung. Selain daripada itu, peserta juga telah dibawa melawat ke Galeri Sultan Azlan Shah dalam perjalanan balik ke hotel.

info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak

Sunday, 29 November 2015

Ceramah Eksekutif – “Siapa Kita Adalah Hasil Daripada Sikap Kita”

 Bertarikh 28 November 2015, satu ceramah eksekutif bertajuk “Siapa Kita Adalah Hasil Daripada Sikap Kita” yang berlangsung di Hotel Casuarina @ Meru Ipoh, Perak sempena Hari Audit 1Malaysia & Persidangan Juruaudit Sektor awam 2015 (HA1M 2015) telah disampaikan oleh YBrs. Prof. Dr Yahya Bin Mat Som. Ceramah yang bermula pada jam 8.30 malam ini telah dihadiri oleh semua peserta HA1M 2015.

info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak

Thursday, 19 November 2015

Hari Perkhidmatan Awam 2015 Negeri Sarawak

Sambutan Hari Perkhidmatan Awam 2015 telah diadakan pada 18 November di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.
Acara tahunan ini menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani memberi kelainan dengan adanya pengenalan kepada dua anugerah baharu kepada agensi kerajaan dan penjawat awam iaitu Anugerah Kecemerlangan Penguatkuasaan (AKP) dan Anugerah Pengurusan Aduan (APA). Selain daripada itu juga, Ketua Menteri Sarawak juga melancarkan High Performing Leaders (HPL) Program & Government Employee Management System (GEMS).
Tujuan sambutan Hari Perkhidmatan Awam 2015 diadakan ialah untuk meraikan penjawat awam sama ada berkhidmat dalam kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan selain menghargai usaha mereka ke arah memajukan negeri, memberi pengiktirafan kepada penjawat awam yang banyak menyumbang jasa dan tenaga serta menunjuk kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan.

Bertemakan ‘Leadership & Taking Charge: Make A Difference’, ia amat bertepatan dengan usaha kerajaan menyuntik semangat kepimpinan tidak hanya kepada ketua jabatan, tetapi merangkumi setiap pegawai yang berkhidmat dalam agensi masing-masing.

info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak

Sunday, 8 November 2015

Kejohanan Ping Pong Piala Pusingan Setiausaha Persekutuan Sarawak 2015

KERAS telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Ping Pong Jabatan dan Agensi Persekutuan Sarawak Piala Setiausaha Persekutuan Sarawak anjuran Jawatankuasa Gabungan Jabatan dan Agensi Persekutuan Kuching pada 7-8 November 2015 di Tingkat 17 Bangunan Sultan Iskandar. Tujuh belas pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut dengan syarat setiap pasukan boleh diwakili oleh sebuah Kelab atau dibenarkan dua kelab bergabung. KERAS telah menghantar 7 Ahli untuk pertandingan tersebut yang diwakili oleh JU @ Adog Anak Ha, Anthony Jong, Robinson Tan Soo Ek, Chai Min Siam, Ramzi Bin Yusup, Abang Mohd. Hafiizh Bin Abang Median dan Mohammad Hafizi Bin Yusuf. KERAS telah berjaya dalam pertandingan pusingan pertama pertandingan tersebut dan layak bermain di pusingan kedua iaitu di peringkat suku akhir . Jabatan yang terlibat dalam pusingan pertama secara berliga adalah Jabatan Audit, Suruhajaya Perkhidmatan Awam, Setiausaha Persekutuan Sarawak dan Jabatan Kastam Dan Eksais dengan keputusan 2-1, 2-1, dan 0-3. Bagaimanapun KERAS telah tercundang di peringkat suku ahhir kepada Jabatan Perikanan laut dengan keputusan 3-0. Kejohanan tersebut telah dimenangi oleh Johan Tentera Udara Di Malaysia, Naib Johan gabungan Jabatan Imigresen dan Jabatan Polis Diraja Malaysia dan tempat ketiga dimenangi oleh Jabatan Perikanan Laut.

info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak

Thursday, 5 November 2015

Pameran Sempena Pelancaran Hari Integriti SEDC Tahun 2015

  
Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak telah dijemput untuk mengadakan pameran sempena Hari Integriti SEDC Tahun 2015 yang bertempat di Hotel Riverside Majestic pada 4 November 2015 yang dihadiri oleh Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Bin Haji Satem dan Pengerusi SEDC, YB Datuk Haji Talib Zulpilip

info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak


Tuesday, 3 November 2015

Prestasi Naziran eSPKB Bagi Tahun 2015

 Bertarikh 2 November 2015 Jabatan Audit Negara Cawangan Miri telah mendapat Sijil Pengiktirafan dari Jabatan Akauntan Negara Cawangan Miri kerana berjaya memperolehi Taraf Cemerlang (99.87%) ke atas semakan dokumen kewangan eSPKB bagi tampoh Ogos 2014 sehingga Mei 2015. Tahniah diucapkan

info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak