Kempen Pink Walk & Ride 2016 anjuran
Jabatan Wanita Dan Keluarga Sarawak telah diadakan pada 23 Oktober 2016
bertempat di perkarangan Dewan Undangan Negeri Lama dengan aktiviti
senamrobik, acara 10,000 langkah dan 10 kilometer berbasikal. Acara ini
telah dirasmikan oleh YABhg Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi
Taib dan diiringi oleh YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah, Menteri
Kebajikan Wanita dan Kesejahteraan Komuniti.
kali telah dikunjungi
Sunday, 23 October 2016
Saturday, 22 October 2016
Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2016 Peringkat Kebangsaan
Majlis Perasmian
Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2016 Peringkat Negara telah diadakan
pada 22 Oktober 2016 bertempat di Kuching Waterfront, Kuching Sarawak.
Maljis dimulakan pada jam 8.00 pagi dengan ketibaan tetamu jemputan,
tetamu kerhormat, ketibaan YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku
Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, ketibaan YAB Datuk
Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem, Ketua Menteri Sarawak.
Acara seterusnya antara lain adalah nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Ibu
Pertiwiku, persembahan Kebudayaan Negeri Sarawak, persembahan Bicara
Berirama dan Choral Speaking, ucapan oleh Menteri Sumber Asli
dan Alam Sekitar dan Ketua Menteri Sarawak, gimik pelancaran Hari Alam
Sekitar Negara, penyampaian Cabutan Bertuah dan lawatan ke Tapak
Pameran.
Friday, 14 October 2016
Taklimat MPSAS – Presentation Of Financial Statements
Taklimat MPSAS – Presentation Of Financial Statements yang disampaikan oleh Encik Ahmad Bin Seli dan Encik Chai Min Siam di Bilik Mesyuarat Utama pada 14 Oktober 2016.
Friday, 7 October 2016
Taklimat ISSAI 1200 & 1210
Taklimat ISSAI bertajuk ISSAI 1200: Overall
Objectives of the Independent Auditor and the Conduct of an Audit in
Accordance with International Standards of Auditing yang disampaikan oleh Puan Dayang Mushilawati dan ISSAI 1210: Terms of an Engagement oleh Encik Aziz Ahmad di Bilik Mesyuarat Utama pada 7 Oktober 2016.
Subscribe to:
Comments (Atom)






