Sesi
perbincangan disambung pada sebelah petangnya dan dipecahkan kepada 2
kumpulan iaitu Seksyen Audit Perbendaharaan Negeri di Bilik Mesyuarat
Utama bersama dengan Encik Y Hamdan Bin Mohd. Dom, Cik Rosmasni Binti Md
Isa, Puan Zurialinda Binti Abdul Jabal dan Encik Kamaruzaman Bin
Bujang, Puan Siti Hawa Binti Azman dan Encik Suhardi Bin Mat Rasid.
Manakala Seksyen Audit Kerajaan Persekutuan bersama dengan Cik Raftah
Binti Ibrahim di Bilik Sindiket.
Sesi diteruskan pada 3 Ogos dan dihadiri oleh Seksyen Audit Badan Berkanun Persekutuan dan Seksyen Audit Badan Berkanun Negeri untuk membincangkan proses pengauditan Badan Berkanun Persekutuan dan Negeri, pengauditan Pihak Berkuasa Tempatan, pengauditan Majlis Agama Islam dan pengauditan yang dilaksanakan oleh Firma Audit Swasta di Bilik Mesyuarat Utama.
Seksyen Kewangan Kerajaan Persekutuan membuat video conferencing bersama seksyen Persekutuan cawangan Bintulu, Miri dan Sibu di Bilik Menunggu.
No comments:
Post a Comment