Taklimat ISSAI bertajuk ISSAI 1000: General Introduction To The INTOSAI Financial Audit Guidelines yang disampaikan oleh Puan Christina Jorek anak Rujin dan ISSAI 1003: Glossary To Financial Audit Guidelines oleh Cik Rebecca Sylvia Phang di Bilik Mesyuarat Utama pada 30 September 2016.
kali telah dikunjungi
Friday, 30 September 2016
Majlis Doa Selamat
Majlis Doa Selamat
anjuran Jawatankuasa Khairat dan Minum Pagi telah diadakan di Bilik
Mesyuarat pada 30 September 2016 bagi menzahirkan kesyukuran di atas
kenaikan pangkat Tuan Haji Khalid Khan Bin Abdullah Khan yang akan
bertugas di Putrajaya bermula 4 Oktober 2016.
Thursday, 29 September 2016
Kursus Imej Dan Etiket Sosial
Kursus Imej dan
Etiket Sosial anjuran Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak telah
disampaikn oleh Encik Hafiz Mustapha, Perunding Imej dari CuteCarry Sdn.
Bhd di Auditorium tingkat 17 Bangunan Sultan Iskandar pada 29 September
2016. Intipati kursus tersebut adalah untuk memberi nasihat, tips
mengenai penampilan, kelakuan dan komunikasi selain daripada memahami
proses mengenali diri sendiri sama ada jenis klasikal, trendy,
sporty/kasual, romantik/whimsical atau dramatik. Ini adalah
penting bagi meningkatkan kepercayaan diri apabila berhadapan dengan
orang lain terutama apabila berdepan dengan pihak auditi ketika
melakukan kerja pengauditan.
Wednesday, 28 September 2016
Kunjungan Hormat Ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak
Kunjungan Hormat
Puan Hajah Kartina bt. Zamhari, Pengarah Audit Negeri Sarawak ke Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak untuk sesi pertemuan dengan YB. Tan
Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani, Setiausaha
Kerajaan Negeri Sarawak di Tingkat 20 Wisma Bapa Malaysia pada 28
September 2016 yang turut dihadiri oleh Tuan Haji Khalid Khan bin
Abdullah Khan, Pengarah Sektor Kewangan 1 di Ibu Pejabat Putrajaya.
Tuesday, 27 September 2016
Majlis Keraian
Majlis
Keraian telah diadakan pada 27 September 2016 di Bilik Mesyuarat Utama
untuk meraikan Tuan Haji Khalid Khan bin Abdullah Khan, Pengarah Audit
Negeri Sarawak yang telah ditawarkan pemangkuan ke gred JUSA B sebagai
Pengarah Sektor Kewangan 1 di Ibu Pejabat Putrajaya mulai 19 September
2016. Tuan Haji Khalid Khan bin Abdullah Khan memulakan tugasnya di JAN
Sarawak sebagai Pengarah Audit Negeri Sarawak pada 7 Julai 2008 dan
tugas beliau kini disandang oleh Puan Hajah Kartina bt. Zamhari. Tahniah
dan Selamat Datang diucapkan.
Monday, 19 September 2016
Perjumpaan Pengarah Bersama Pegawai Gred W32 & Ke Atas
Perjumpaan Puan Hjh.
Kartina bt. Zamhari, Pengarah Audit Negeri Sarawak bersama pegawai
Audit gred W32 dan ke atas pada 19 September 2016 di Bilik Mesyuarat
Utama bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan tugasan
yang dilaksanakan dalam bidang pengauditan, tugasan Seksyen Pentadbiran
& Kewangan serta tugasan Seksyen Teknologi Maklumat & Komunikasi
. Untuk makluman, Puan Hjh. Kartina bt. Zamhari menggantikan Tuan Hj.
Khalid Khan bin Abdullah Khan yang telah ditawarkan pemangkuan ke gred
JUSA B sebagai Pengarah Sektor Kewangan 1 di Ibu Pejabat Putrajaya.
Saturday, 10 September 2016
Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak Kepada Ketua Audit Negara
YBhg. Tan Sri Dato Sri Hj. Ambrin bin Buang semasa Majlis
Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak yang membawa
gelaran Dato Sri pada 10 September 2016 sempena Hari Jadi Yang Di-Pertua
Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang ke-80 dan Majlis Makan
Malam di Mega Hotel Miri yang turut disertai oleh Pengarah Audit Negeri
Sarawak, Tuan Hj. Khalid Khan bin Abdullah Khan.
Thursday, 8 September 2016
Majlis Perpisahan Dan Sambutan Harijadi
Majlis Perpisahan
dan Sambutan Harijadi telah diadakan pada 8 September 2016 di Bilik
Mesyuarat Utama untuk meraikan Encik Bong Jin Ted dan Encik Bruno anak
Tatal yang akan bersara wajib pada 12 September 2016 dan 7 Oktober 2016.
Untuk makluman, Encik Bong Jin Ted telah mula bertugas pada 26 Ogos
1977 manakala Encik Bruno Anak Tatal pada 1 Julai 1982.
Seterusnya sambutan perpisahan Encik Hashim bin Abdul Rahman yang akan berpindah ke Unit Audit Dalam Jabatan Perdana Menteri dan Puan Hashimah binti Japar yang akan berpindah ke Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak. Untuk makluman, Encik Hashim bin Abdul Rahman telah bertugas di JAN Sarawak pada 23 November 2009 manakala Puan Hashimah binti Japar pula pada 3 September 2008.
Majlis diteruskan dengan Sambutan Harijadi bagi bulan Julai, Ogos dan September bagi meraikan kakitangan JAN Sarawak yang menyambut harijadi pada bulan tersebut.
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama pegawai yang diaraikan.
Seterusnya sambutan perpisahan Encik Hashim bin Abdul Rahman yang akan berpindah ke Unit Audit Dalam Jabatan Perdana Menteri dan Puan Hashimah binti Japar yang akan berpindah ke Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak. Untuk makluman, Encik Hashim bin Abdul Rahman telah bertugas di JAN Sarawak pada 23 November 2009 manakala Puan Hashimah binti Japar pula pada 3 September 2008.
Majlis diteruskan dengan Sambutan Harijadi bagi bulan Julai, Ogos dan September bagi meraikan kakitangan JAN Sarawak yang menyambut harijadi pada bulan tersebut.
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama pegawai yang diaraikan.
Subscribe to:
Comments (Atom)











