SANSARAWAK
kali telah dikunjungi

Friday, 26 February 2016

Taklimat Pencegahan Kebakaran Oleh Pertubuhan Pencegah Kebakaran Kuala Lumpur

Satu taklimat mengenai Pencegahan Kebakaran telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama pada 26 Februari 2016 sebagai pengenalan dan memberikan pendedahan mengenai bahayanya kebakaran walaupun ketika dalam situasi yang nampak tidak begitu bahaya. Taklimat yang diberikan oleh Encik Rueben selaku wakil daripada Pertubuhan Pencegah Kebakaran Kuala Lumpur ini secara tidak langsung dapat memberikan ilmu pengetahuan mengenai cara untuk memilih jenis pemadam api yang betul termasuk cara untuk mencegah kebakaran serta memperkenalkan peralatan yang digunakan untuk mengesan sebarang tanda bahaya kebakaran seperti alat pengesan asap yang paling sesuai dipasang di rumah.








Selain daripada itu juga, Encik Rueben juga memberikan tips untuk memilih alat pemadam api yang betul untuk disimpan di rumah atau kereta seperti tips memilih pemadam api standard Malaysia yang mempunyai kelulusan SIRIM dan pemadam api standard British yang mendapat kelulusan DNV serta cara memilih alat pemadam api yang mempunyai AES (anti-explosion system) iaitu alat pemadam api yang sesuai untuk disimpan di dalam kenderaan.



info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak

Friday, 19 February 2016

Majlis Perpisahan Pelajar Praktikum

Majlis Perpisahan Pelajar Praktikum telah diadakan pada 19 Februari diiringi dengan penyampaian Sijil Praktikum kepada En. Khairul Anwar Khan Bin Khalid Khan yang telah menjalani praktikum bermula dari 3 November 2015 hingga 19 Februari 2016. Beliau merupakan pelajar yang mengambil Diploma Dalam Teknologi Maklumat di Kolej PTPL. Selamat maju jaya diucapkan.


info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak

Thursday, 4 February 2016

Kem Wanita Solehah : Rahsia Wanita Penjana Ummah

Bertarikh 4 Februari 2016, seramai 6 orang pegawai dari Jabatan Audit Cawangan Kuching telah menghadiri Kem Wanita Solehah : Rahsia Wanita Penjana Ummah yang dianjurkan oleh Hal Ehwal Wanita HIKMAT (HELWA) Cawangan Kuching di Dewan A, Ibu Pejabat HIKMAH, Kuching. Objektif ken tersebut adalah untuk (i) Memperkenalkan peranan HIKMAH/HELWA kepada golongan wanita, (ii) Mendidik wanita tentang peranan mereka sebagai Wanita Solehah dan (iii) Melahirkan penggerak dari kalangan wanita untuk membantu program dakwah HIKMAH.


Antara aturcara pada sepanjang hari berikut adalah Pengenalan kepada HIKMAH DAN HELMA HIKMAH oleh Tuan Haji Alwi Bin Morshidi (Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH), ceramah bertajuk “Permata yang dilupakan : Wanita-wanita hebat dalam Islam” oleh Ustazah Hafisah Hj Hammi, ceramah bertajuk “Pemimpin yang berwawasan” oleh Ustaz Haji Sarbini Dahlan, ceramah bertajuk “Diari Muslimah Solehah” oleh Ustazah Faizah binti Abdullah dan Latihan Dalam Kumpulan yang bertajuk “Pemimpin yang berwawasan”.


Kem tersebut tamat pada pukul 5 petang yang diakhiri dengan majlis penutupan.