SANSARAWAK
kali telah dikunjungi

Thursday, 28 July 2016

Lawatan Ketua Audit Negara Ke Pejabat Audit Cawangan Bintulu



YBhg. Tan Sri Haji Ambrin Bin Buang telah membuat lawatan ke Pejabat Audit Cawangan Bintulu pada 28 Julai 2016 sebelum menyambung pembentangan LKAN di Hotel Parkcity Everly, Bintulu. Pejabat Audit Cawangan Bintulu telah dirasmikan pada 9 Januari 2009 oleh YBhg. Tan Sri Ambrin sewaktu diwujudkan Cawangan Bintulu di Wisma Residen..
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Lawatan Ke Bintulu Port Sdn. Bhd




Satu lawatan ke Bintulu Port Sdn. Bhd telah diadakan pada tarikh 28 Julai 2016 bersempena dengan program  Pembentangan Isu Laporan Ketua Audit Negara Bagi Aktiviti Kementerian / Jabatan  / Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri dan Persekutuan bagi Siri 2 Tahun 2015 yang diadakan di Bintulu. Taklimat ringkas tentang keselamatan sebelum masuk ke kapal telah disampaikan oleh Kapten Azman Bin Hawari dari Bintulu Port Sdn. Bhd

Semasa berada di dalam kapal pula, taklimat ringkas telah disampaikan oleh Tuan Haji Omar Bin Salleh (Chief Operation Officer) dari Bintulu Port Sdn. Bhd. Pelabuhan ini  berada dikedudukan yang strategik di antara Kuching dan Kota Kinabalu di mana lokasinya terletak di laluan laut IntraAsia Trade di mana ia merupakan pintu masuk import dan eksport untuk Sarawak, Brunei, Indonesia dan Filipina serta menjadi antara laluan eksport untuk liquefied natural gas (LNG) terbesar di dunia selain daripada tempat simpanan kargo / kontena untuk penyimpanan aluminium, pulpa, kertas, baja dan produk agro