SANSARAWAK
kali telah dikunjungi

Friday, 15 January 2016

Taklimat Pengauditan Pengurusan Kewangan Indeks Akauntabiliti Tahun Kewangan 2015

Satu taklimat bertajuk Taklimat Pengauditan Pengurusan Kewangan Indeks Akauntabiliti Tahun Kewangan 2015 untuk kakitangan Seksyen Persekutuan telah diadakan pada 15 Januari 2016. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi keterangan kepada pegawai JAN Sarawak tentang pengemaskinian dan perubahan yang telah dilakukan ke atas kertas kerja AI yang terkini.  Puan Noraini binti Mustapha, Puan Faiqah Binti Mohd. Daud dan Puan Munajat Binti Mukhtar dari Ibu Pejabat Sektor Audit Kerajaan Persekutuan telah hadir memberi taklimat kepada 13 pegawai daripada sektor persekutuan yang terlibat dengan Pengauditan AI across the board, iaitu Jabatan Akauntan Negara, Jabatan Bomba & Penyelamat dan Pejabat Setiausaha Persekutuan Negeri Sarawak