SANSARAWAK
kali telah dikunjungi

Wednesday, 29 June 2016

Majlis Perpisahan Pegawai

Satu Majlis Perpisahan Pegawai telah diadakan pada 29 Jun 2016 di Bilik Mesyuarat Utama bagi meraikan 4 orang pegawai yang akan berpindah iaitu  Encik Rostam bin Raselip ke Sektor Audit Kerajaan Negeri Putrajaya, Cik Asma binti Ismail ke Unit Audit Dalam Kementerian Dalam Negeri, Puan Fatin Syahida binti Wahid ke Unit Audit Dalam Kementerian Kesihatan Malaysia Cawangan Melaka (telah melapor diri) dan Puan Nafisah binti Abd Rashid ke Jabatan Audit Negara Negeri Pulau Pinang (telah melapor diri). Selamat maju jaya diucapkan.
 info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak

Tuesday, 28 June 2016

Taklimat Perakaunan Penyata Kewangan Negeri Sarawak



Taklimat Perakaunan Penyata Kewangan Negeri Sarawak bersama Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak telah diadakan pada 27 – 28 Jun 2016 di Bilik Mesyuarat Utama. Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Dr. Rabuan bin Mantine dan dibantu oleh Cik Rabiah bt. Zaidan. Objektifnya adalah untuk memahami sistem perakaunan iaitu penggunaan SIFBAS dalam penyediaan penyata kewangan Kerajaan Negeri.

Antara butiran taklimat tersebut adalah mengenai Perakaunan Wang Awam, Pelaburan, Perakaunan Akaun Hasil Disatukan, Perakaunan Akaun Pinjaman Disatukan, Perakaunan Akaun Amanah disatukan, Perakaunan Penyata Akaun Memorandum, Perakaunan Hasil dan Perakaunan Perbelanjaan Mengurus.


 info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak




Friday, 24 June 2016

Majlis Khatamal Quran dan Bacaan Tahlil


Pada 24 Jun 2016 bersamaan dengan 19 Ramadhan 1437H, AJK Khairat telah menganjurkan Majlis Khatamal Quran dan Bacaan Tahlil kepada ayahanda Pn. Sadiah Reduan, arwahyarham Encik Abu Bakar bin Zakaria dan arwahyarhamah Puan Aishah Binti Sulaiman di Bilik Mesyuarat JANNS. Majlis yang dihadiri oleh semua ahli Khairat ini telah menjemput Cikgu Mohd Hashim Bin Dona untuk memimpin bacaan.


Sedikit sumbang telah diberikan kepada Cikgu Mohd Hashim kerana sudi memimpin bacaan Al-Quran dan kepada pegawai yang hadir.

info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak

Sesi Perkongsian Ilmu bertajuk Pengurusan Tatatertib Dan Tatakerja Jawatankuasa Integriti Dan Tadbir Urus (JITU)


Satu sesi perkongsian ilmu bertajuk Pengurusan Tatatertib dan Tatakerja Jawatankuasa Integriti & Tadbir Urus (JITU) telah disampaikan oleh Encik Ahmad bin Seli di Bilik Mesyuarat Utama pada 24 Jun 2016.

Objektif sesi perkongsian ilmu ini adalah untuk membentuk penjawat awam yang cekap, beramanah, bertanggungjawab dan berintegriti dalam meletakkan kepentingan awam supaya lebih utama daripada kepentingan mereka sendiri di samping menjaga imej penjawat awam sendiri.

Selain daripada itu, sesi ini juga menerangkan maksud untuk kesalahan tatatertib di mana setiap kesalahan tidak kira yang dianggap kesalahan kecil (remeh-temeh) juga boleh disabitkan dengan tindakan disiplin daripada Jabatan.

Lanjutan dan keterangan selanjutnya boleh dimuat turun daripada link di bawah;

DOWNLOAD SLIDE



info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak


Wednesday, 22 June 2016

Perjumpaan TKAN (P) Bersama Kakitangan JAN Sarawak Cawangan Miri

Perjumpaan bersama Datuk LT.KOL(K) Hj. Anwari bin Suri (Timbalan Ketua Audit Negara Persekutuan) dengan kakitangan JAN Sarawak Cawangan Miri berlangsung pada 22 Jun 2016 di Pejabat Audit Cawangan Miri. Di dalam perjumpaan yang turut dihadiri oleh Pn. Toieyah binti Hj. Tioh (Timbalan Pengarah Audit Negeri Sarawak)  tersebut, Puan Emillia telah memberikan taklimat ringkas berkenaan kemajuan kerja JAN Sarawak Cawangan Miri. Seterusnya TKAN (P) mengucapkan terima kasih kepada Cawangan Miri di atas tugasan yang dilakukan dengan cemerlang selain daripada memaklumkan bahawa beliau akan mula bercuti pada 30 Ogos 2016 sebelum bersara wajib setelah 36 tahun berkhidmat. Selesai perjumpaan tersebut, Timbalan Pengarah Audit Negeri Sarawak selaku wakil JAN Sarawak telah menyampaikan cenderahati berupa Parang Ilang sebagai tanda kenangan lawatan beliau ke Miri. Majlis diakhiri dengan lawatan TKAN (P) di sekitar pejabat dan gambar kenangan bersama kakitangan Audit Cawangan Miri.

 info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak

Tuesday, 21 June 2016

Lawatan TKAN (P) Ke Negara Brunei Darussalam

Selesai pre exit di ILP Miri, program diteruskan dengan lawatan Datuk LT.KOL(K)Hj. Anwari bin Suri (Timbalan Ketua Audit Negara Persekutuan) serta rombongan ke Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam pada 21 Jun 2016. Rombongan dibawa ke Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin untuk menunaikan solat Asar seterusnya melawat kawasan sekitar sementara menunggu waktu untuk berbuka puasa.


Selesai majlis berbuka puasa, rombongan sempat bergambar di hadapan Istana Nurul Iman sebelum bertolak balik ke bandar Miri.

 info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak

Pre Exit Pengauditan Menaiktaraf ILP Miri

Pre Exit Pengauditan Prestasi Menaiktaraf Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri telah diadakan pada tarikh 21 Jun 2016 dengan kehadiran Datuk LT.KOL(K)Hj. Anwari bin Suri (Timbalan Ketua Audit Negara Persekutuan) dan rombongan. Tujuan pre exit dibuat ini adalah untuk mengetahui perkembangan semasa yang akan dibentangkan pada bulan Julai 2016 nanti.


info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak

Friday, 17 June 2016

Sesi Perkongsian Ilmu “Penghayatan Ramadhan”


Satu sesi perkongsian ilmu bertajuk Penghayatan Ramadhan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama pada 16 Jun 2016 oleh Ustaz Mohamad Salleh Bin Hj. Hamidin dari Lembaga Kebajikan Anak-anak Yatim Sarawak (PERYATIM).

Ustaz Mohd Salleh banyak menghuraikan mengenai Rukun Puasa, perkara-perkara yang membatalkan puasa, golongan-golongan yang diharuskan untuk tidak berpuasa dan seterusnya amalan-amalan yang harus dilakukan terutama di Bulan Ramdhan bagi meningkatkan lagi pahala dan keredhaan Allah SWT.

Sesi soal jawab juga dapat menjelas perkara-perkara yang menjadi salah faham dikalangan umat Islam terutamanya perbuatan yang difikirkan adalah membatalkan puasa tetapi sebenarnya tidak.



info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak