Majlis Perpisahan Pelajar Praktikum telah diadakan pada 18 Disember
diiringi dengan penyampaian Sijil Praktikum kepada En. Mohd Aizat Bin
Naim yang telah menjalani praktikum bermula dari 7 September 2015 hingga
18 Disember 2015. Beliau merupakan pelajar yang mengambil Ijazah
Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat di UiTM. Selamat maju jaya
diucapkan.
kali telah dikunjungi
Friday, 18 December 2015
Thursday, 17 December 2015
Seminar Kepimpinan Muda INTAN Sarawak 2015
Seminar Kepimpinan Muda anjuran INTAN Sarawak telah berlangsung pada 16
Disember 2015 di INTAN Kampus Sarawak. Seminar ini dirasmikan oleh YBhg.
Tan Sri Dato’Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam dan diteruskan dengan sesi motivasi oleh YBhg. Dato’ Fazley Yaacod
selaku usahawan & motivator dengan tajuk ‘Cabaran Jurang Komunikasi
Intra Generasi’. Pada sebelah petangnya pula, sesi diteruskan dengan
tajuk ‘Kepimpinan Muda Melalui Sukan dan Rahsia Kejayaan’ oleh Encik
Joseph Kalang Tie iaitu kapten pasukan bolasepak Sarawak dan sesi
terakhir oleh YBrs. Puan Maryanni Masarip dengan tajuk ‘Imej Pemimpin
Muda Berpengaruh’.
info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak
Wednesday, 9 December 2015
JANNS Mendapat Sijil Naziran Bersih dari Jabatan Akauntan Negara
Bertarikh 8 Disember 20145, Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak telah mendapat penganugerahan
Sijil Naziran Bersih dari Jabatan Akauntan Negara. Majlis telah
berlangsung di Auditorium Tingkat 17, Bangunan Sultan Iskandar, Kuching,
Sarawak.
Timbalan Pengarah Audit Negeri, Puan Hajah Toieyah Binti Hj. Tioh telah mewakili JANNS untuk menerima sijil tersebut. JANNS memperoleh 92.22% hasil daripada naziran yang telah dilaksanakan.
Timbalan Pengarah Audit Negeri, Puan Hajah Toieyah Binti Hj. Tioh telah mewakili JANNS untuk menerima sijil tersebut. JANNS memperoleh 92.22% hasil daripada naziran yang telah dilaksanakan.
info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak
Wednesday, 2 December 2015
Persidangan Juruaudit Sektor Awam Tahun 2015 Hari Kedua
Bertarikh 1 Disember 2015 , persidangan untuk hari kedua diteruskan
dengan pembentangan bertajuk Pelaksanaan eAudit oleh Encik Y Hamdan Md.
Dom (Timbalan Pengarah Bahagian Pengauditan ICT), Program Pembelajaran
ISSAIs Secara Elektronik oleh Puan Farizah Harman (Ketua Penolong
Pengarah Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan), Reviu Kertas Kerja
Firma Audit Swasta oleh Encik Lim Chin Teong (Timbalan Pengarah Sektor
Audit Badan Berkanun Persekutuan dan Standard Pengauditan Juruaudit
Dalaman oleh Encik Mohd Khaidzir Shahari (Naib Presiden Institut
Juruaudit Dalaman Malaysia) sebelum berhenti rehat untuk makan
tengahari.
Pembentangan diteruskan dengan tajuk Kecemerlangan Kepimpinan Nilai & Etika dalam Tugas oleh Encik Shukri Ibrahim daripada Shukri Consultancy sebelum rumusan persidangan dan majlis penutup pada sebelah petangnya.
Pembentangan diteruskan dengan tajuk Kecemerlangan Kepimpinan Nilai & Etika dalam Tugas oleh Encik Shukri Ibrahim daripada Shukri Consultancy sebelum rumusan persidangan dan majlis penutup pada sebelah petangnya.
info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak
Tuesday, 1 December 2015
Majlis Makan Malam Bersama Ketua Audit Negara
Majlis Makan Malam Bersama Ketua Audit Negara telah berlangsung pada 30
November 2015 bertempat di Pusat Konvensyen Aman Jaya Casuarina @ Meru,
Ipoh Perak yang dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Haji Nor Imran bin
Che Me, ucapan daripada Encik Saharuddin bin Mahmud (Pengarah Audit
Negeri Perak) dan seterusnya oleh YBhg. Tan Sri Hj. Ambrin Bin Buang
(Ketua Audit Negara).
Majlis diteruskan dengan Penyampaian Anugerah Inovasi Jabatan Audit Negara Tahun 2015 dan Anugerah Sukarelawan Jabatan Audit Negara oleh YBhg. Tan Sri di mana Encik Anthony Jong telah mendapat hadiah saguhati berupa wang tunai sejumlah RM100.00 dalam Pertandingan Video Pendek yang telah dianjurkan oleh Jabatan Audit Negara.
Selain daripada penyampaian anugerah, majlis juga dimeriahkan dengan persembahan 70an daripada Kumpulan Gema Warisan, karaoke dan tarian 70an warga Jabatan Audit Negeri Perak, persembahan sketsa tahun 70an daripada Jabatan Audit Negeri Terengganu dan persembahan tarian etnik Orang Ulu yang bertajuk ‘Ngeleak Hak Awang’ daripada Jabatan Audit Negeri Sarawak.

Perasmian Booth Pameran Kumpulan Inovatif dan Kreatif JAN Sarawak
Sempena dengan Hari Audit 1Malaysia & Persidangan Juruaudit Sektor
Awam 2015 di Perak, Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Jabatan Audit
Negara Negeri Sarawak (tempat ketiga KIK 2014) telah dijemput untuk
membuka booth pameran di Hotel Casuarina @ Meru Ipoh
bersama-sama dengan pasukan KIK dari JAN Terengganu (juara KIK 2014) dan
pasukan KIK dari Sektor Audit Kerajaan Persekutuan (naib johan KIK
2014).
Booth JAN Sarawak juga telah dikunjungi oleh wakil dari Dewan
Bandaraya Kuching Utara dan agensi lain yang turut hadir untuk menerima
Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks
Akauntabiliti Tahun 2014. Pameran ini dikunjungi oleh YBhg. Tan Sri Haji Ambrin Bin Buang (Ketua Audit Negara), Y.A.B Dato’Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd Kadir (Menteri Besar Perak) dan tetamu kehormat yang lain mendapat sambutan yang hangat di mana selain daripada melihat pameran yang diadakan, mereka juga boleh merasa kek lapis dan gula-gula lada hitam yang dihidangkan.
Persidangan Juruaudit Sektor Awam Tahun 2015 Hari Pertama
Persidangan Juruaudit Sektor Awam Tahun 2015 telah berlangsung pada
30 November sempena Hari Audit 1Malaysia di Pusat Konvensyen Aman Jaya,
Casuarina @ Meru Ipoh, Perak. Majlis telah dihadiri oleh YBhg. Tan Sri
Haji Ambrin Bin Buang (Ketua Audit Negara), Y.A.B Dato’Seri DiRaja Dr.
Zambry Bin Abd Kadir (Menteri Besar Perak) dan tetamu kehormat yang
lain.
Majlis yang bertemakan “Pemantapan Profesionalisme Menjamin Audit Berkualiti” dimulakan dengan lagu Negaraku, lagu Negeri Perak dan lagu Korporat Jabatan Audit Negara yang dipersembahkan oleh kumpulan koir Jabatan Audit Negara. Selesai persembahan, acara diteruskan dengan bacaan doa oleh YBhg. Sahibul Fadhilah Tuan Haji Abdul Farid Salleh (Imam Besar Masjid Negeri Perak), ucapan aluan oleh Ketua Audit Negara, perasmian dan pelancaran Panduan Tatacara Meterialiti & Persampelan serta Hand Book Pengauditan Air & Alam Sekitar oleh Y.A.B Menteri Besar.
Majlis diteruskan dengan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2014 oleh Ketua Audit Negara dan sesi bergambar bersama penerima anuegerah. Senarai penerima dari negeri Sarawak adalah Lembaga Pelabuhan Kuching, Kementerian Kemajuan Tanah Sarawak, Jabatan Ketua Menteri Sarawak, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Dewan Bandaraya Kuching Utara, Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak, Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak, Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak, Kementerian Permodenan Pertanian Sarawak, Majlis Bandaraya Miri, Kementerian Pelancongan Sarawak, Majlis Perbandaran Sibu, Pejabat Residen Bahagian Bintulu, Majlis Daerah Marudi dan Pejabat Residen Bahagian Mukah.
Acara pada sebelah petangnya pula dimulakan dengan pembentangan bertajuk Pembangunan Petunjuk Prestasi Utama Penjawat Awam oleh Pn. Norisah Abdul Rahim (Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam) dan pembentangan bertajuk Pembangunan Petunjuk Prestasi Utama : Isu dan Cabaran oleh YBhg. Dato’ Muhammad Salim Sundar Abdullah (Pengarah Bahagian Pemantauan dan Penyelaras Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

Monday, 30 November 2015
Majlis Makan Malam Anjuran Kerajaan Negeri Perak
Majlis Makan Malam anjuran Kerajaan Negeri Perak sempena Hari Audit
1Malaysia (HA1M) telah diadakan pada 29 November 2015 di Dewan Bankuet
SUK Perak. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato’Seri DiRaja Dr.
Zambry Bin Abd Kadir iaitu Menteri Besar Perak.
Program Kemasyarakatan di Kampung Bawong, Sungai Siput Perak
Program Kemasyarakatan sempena Hari Audit 1Malaysia (HA1M) telah
berlangsung pada 29 November 2015 bertempat di Kampung Bawong, Sungai
Siput Perak. Program ini telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Mohd Zolkafly
bin Harun (ADUN Lintang) dan juga dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Hj. Ambrin
Bin Buang (Ketua Audit Negara), Datuk Lt. Kol. (K) Hj. Anwari Bin Suri
(Timbalan Ketua Audit Negara (Persekutuan) dan Dato’Mustafa Bin Hj.
Saman (Timbalan Ketua Audit Negara (Negeri).
Antara aktiviti yang diadakan sempena program tersebut adalah seperti senaman, mengecat rumah penduduk yang terpilih, mengecat pagar dan membaiki pondok tabika, membersihkan Masjid Kampung Bawong, membersihkan kawasan kampung, memasak, pertandingan mewarna, pertandingan sepak raga, penyampaian sumbangan kotak makanan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan(YBDUR) oleh ADUN Lintang, penyampaian cenderahati kepada wakil penduduk kampung oleh Ketua Audit Negara dan penyampaian cenderahati kepada Ketua Audit Negara oleh Pengerusi JKKK Pos Chenein mewakili penduduk kampung. Selain daripada itu, peserta juga telah dibawa melawat ke Galeri Sultan Azlan Shah dalam perjalanan balik ke hotel.

Sunday, 29 November 2015
Ceramah Eksekutif – “Siapa Kita Adalah Hasil Daripada Sikap Kita”
Bertarikh 28 November 2015, satu ceramah eksekutif bertajuk “Siapa Kita
Adalah Hasil Daripada Sikap Kita” yang berlangsung di Hotel Casuarina @
Meru Ipoh, Perak sempena Hari Audit 1Malaysia & Persidangan
Juruaudit Sektor awam 2015 (HA1M 2015) telah disampaikan oleh YBrs.
Prof. Dr Yahya Bin Mat Som. Ceramah yang bermula pada jam 8.30 malam ini
telah dihadiri oleh semua peserta HA1M 2015.
info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak
Thursday, 19 November 2015
Hari Perkhidmatan Awam 2015 Negeri Sarawak
Sambutan Hari Perkhidmatan Awam 2015 telah diadakan pada 18 November
di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dan dirasmikan oleh Ketua
Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.
Acara tahunan ini menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani memberi kelainan dengan adanya pengenalan kepada dua anugerah baharu kepada agensi kerajaan dan penjawat awam iaitu Anugerah Kecemerlangan Penguatkuasaan (AKP) dan Anugerah Pengurusan Aduan (APA). Selain daripada itu juga, Ketua Menteri Sarawak juga melancarkan High Performing Leaders (HPL) Program & Government Employee Management System (GEMS).
Tujuan sambutan Hari Perkhidmatan Awam 2015 diadakan ialah untuk meraikan penjawat awam sama ada berkhidmat dalam kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan selain menghargai usaha mereka ke arah memajukan negeri, memberi pengiktirafan kepada penjawat awam yang banyak menyumbang jasa dan tenaga serta menunjuk kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan.
Bertemakan ‘Leadership & Taking Charge: Make A Difference’, ia amat bertepatan dengan usaha kerajaan menyuntik semangat kepimpinan tidak hanya kepada ketua jabatan, tetapi merangkumi setiap pegawai yang berkhidmat dalam agensi masing-masing.

Sunday, 8 November 2015
Kejohanan Ping Pong Piala Pusingan Setiausaha Persekutuan Sarawak 2015
KERAS telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Ping Pong Jabatan dan
Agensi Persekutuan Sarawak Piala Setiausaha Persekutuan Sarawak anjuran
Jawatankuasa Gabungan Jabatan dan Agensi Persekutuan Kuching pada 7-8
November 2015 di Tingkat 17 Bangunan Sultan Iskandar. Tujuh belas
pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut dengan
syarat setiap pasukan boleh diwakili oleh sebuah Kelab atau dibenarkan
dua kelab bergabung. KERAS telah menghantar 7 Ahli untuk pertandingan
tersebut yang diwakili oleh JU @ Adog Anak Ha, Anthony Jong, Robinson
Tan Soo Ek, Chai Min Siam, Ramzi Bin Yusup, Abang Mohd. Hafiizh Bin
Abang Median dan Mohammad Hafizi Bin Yusuf. KERAS telah berjaya dalam
pertandingan pusingan pertama pertandingan tersebut dan layak bermain di
pusingan kedua iaitu di peringkat suku akhir . Jabatan yang terlibat
dalam pusingan pertama secara berliga adalah Jabatan Audit, Suruhajaya
Perkhidmatan Awam, Setiausaha Persekutuan Sarawak dan Jabatan Kastam Dan
Eksais dengan keputusan 2-1, 2-1, dan 0-3. Bagaimanapun KERAS telah
tercundang di peringkat suku ahhir kepada Jabatan Perikanan laut dengan
keputusan 3-0. Kejohanan tersebut telah dimenangi oleh Johan Tentera
Udara Di Malaysia, Naib Johan gabungan Jabatan Imigresen dan Jabatan
Polis Diraja Malaysia dan tempat ketiga dimenangi oleh Jabatan Perikanan
Laut.
info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak
Thursday, 5 November 2015
Pameran Sempena Pelancaran Hari Integriti SEDC Tahun 2015
Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak telah dijemput untuk mengadakan
pameran sempena Hari Integriti SEDC Tahun 2015 yang bertempat di Hotel
Riverside Majestic pada 4 November 2015 yang dihadiri oleh Ketua Menteri
Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Bin Haji Satem dan
Pengerusi SEDC, YB Datuk Haji Talib Zulpilip
info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak
Subscribe to:
Comments (Atom)