SANSARAWAK
kali telah dikunjungi

Thursday, 15 October 2015

Lawatan Ahli KERAS ke Seoul, Korea

Destinasi lawatan ke luar Negara yang telah dipilih oleh Biro Rekreasi KERAS bagi tahun 2015 adalah ke Seoul, Korea Selatan. Lawatan tersebut telah diadakan mulai 15 hingga 20 Oktober 2015 dan disertai oleh 7 ahli KERAS dan seorang pegawai Unit Audit Dalam Kementerian Kesihatan Cawangan Sarawak. Perjalanan bermula dengan menaiki kapalterbang dari Kuching ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke Seoul. Kami tiba pada pukul 8.30 pagi waktu tempatan dan musim di Korea pada masa tersebut adalah musim luruh.
Program bermula dengan perjalanan ke destinasi pertama iaitu Nami Island yang mengambil masa 3 jam menggunakan coaster dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. Kami telah dibawa untuk menikmati hidangan tengahari di sebuah restoran tempatan yang menyajikan makanan tempatan Korea dan bermulalah episod ahli rombongan memakan kimchi yang merupakan menu sampingan tetap di Korea. Nami Island merupakan satu destinasi perlancongan yang sangat popular dan sinonim dengan drama Korea yang sangat popular di Malaysia pada satu ketika dahulu iaitu drama winter Sonata. Kami menggunakan feri untuk ke pulau tersebut dan telah diberi masa untuk mengambil gambar.
 
 Seterusnya, kami telah dibawa ke Mount Sorak National Park Resort, iaitu sebuah taman yang mempunyai permandangan yang sangat indah dan terdapat kuil Buddha yang masih digunakan oleh penganut agama Buddha. Setelah selesai sesi bergambar, kami telah dibawa menikmati makan malam dan seterusnya ke tempat penginapan. Keesokan harinya kami telah dibawa melawat ke tepi pantai dan Kimchi School yang menyediakan perkhidmatan mengajar pelancong cara menyediakan kimchi dan cara memakai pakaian tradisional Korea, Hanbok. Perjalanan balik ke Seoul memakan masa selama 3 jam dan kami telah dibawa ke tempat penginapan di Seoul selepas menikmati hidangan malam yang merupakan seafood steamboat.
 Hari ketiga pula kami telah dibawa melawat tempat pameran dan penjualan batu amethyts iaitu salah satu batu berharga yang ternama di Korea. Aktiviti pada hari ketiga juga melibatkan lawatan ke National Folk Museum, pine tree shop, korean herbal shop, kedai menjual barang kosmetik, National Folk Museum dan perjalanan melewati The Blue House iaitu kediaman rasmi presiden Korea dan membeli belah di Dongdaemun Market.
 Hari terakhir kami telah dibawa melawat ke Korea Braodcasting Station, Seaweed Museum, 3D Traditional Art Gallery, Donghwa Duty Free Shop,Ginseng Exhibition Hall, Bukchon Hanok Village, Kwangjang Silk Market, Cheongaechon Stream dan Namdaemun Market.
Rombongan kami berangkat balik pada 20 Oktober 2015 dan pada keseluruhannya, lawatan tersebut sangat bermakna kerana kami akhirnya berpeluang menjejak kaki ke tempat yang penuh bersejarah serta menikmati pemandangan musim luruh di Korea yang sangat indah dan cantik. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan Pengarah JAN Negeri Sarawak, Encik Khalid Khan Bin Abdullah Khan yang telah memberi sokongan padu terhadap aktiviti yang dirancang dan juga kepada ahli Keras yang telah sama-sama membantu dalam menjayakan aktiviti ini. Saya berharap lebih ramai lagi ahli KERAS serta keluarga yang akan menyertai lawatan ke luar negara pada tahun hadapan! Jom melancong!

No comments:

Post a Comment