SANSARAWAK
kali telah dikunjungi

Wednesday, 30 March 2016

Bengkel Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) 2016


Bengkel yang diadakan di Auditorium INTAN Kampus Wilayah Sarawak pada 30 Mac 2016 telah dihadiri oleh 2 orang wakil dari Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak. Bengkel ini diadakan sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi Sektor Awam di Malaysia.





Taklimat pertama iaitu Pengenalan Kepada EKSA telah disampaikan oleh En. Hishamuddin Bin Ahmad (Penolong Pengarah Kanan MAMPU) dari Putrajaya menerangkan keperluan dan kepentingan EKSA dalam jabatan/agensi bagi meningkatkan prestasi serta daya saing organisasi bagi merealisasikan budaya kreatif dan inovatif.




Taklimat seterusnya diteruskan oleh Encik Ahmad Najme bin Muhammad selaku wakil dari Bahagian Perundingan Pengurusan 2 MAMPU dengan tajuk Tatacara Pengauditan EKSA. Antara kriteria yang ditetapkan dalam proses pengauditan tersebut adalah dari segi Keperluan Utama Pelaksanaan, Ruang Tempat Kerja/Pejabat, Tempat Umum, Keselamatan Persekitaran, Kawasan Persekitaran Jabatan (bagi Agensi yang mempunyai bangunan/kawasan sendiri), Kawasan Persekitaran Jabatan (bagi Agensi yang mempunyai bangunan sendiri tetapi berkongsi kawasan) dan Tempat Khusus (pusat latihan/masjid/balai polis/hospital/klinik).

info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak

No comments:

Post a Comment