Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak (JANNS) telah menyertai Program Sejiwa Senada yang diadakan di Perkarangan Dewan Suarah Kota Samarahan pada 15 – 17 April 2016. Sebanyak 212 agensi termasuk JANNS telah menyertai program tersebut di mana 274 tapak pameran telah disediakan oleh pihak penganjur. Program ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi (Timbalan Perdana Menteri) dan berjaya menarik sekitar lebih 100,000 pengunjung. Perbagai aktiviti telah disediakan seperti persembahan daripada Kumpulan Pentarama dan Pentas Rakyat, demo masakan, senamrobik, larian Sejiwa Senada serta pertandingan Voice of Samarahan. Program ini juga dimeriahkan dengan kehadiran artis jemputan khas seperti Datuk Jamal Abdillah, Dayang Nurfaizah, Ifa Raziah, Ricky Andrewson, dan Amir Ukays. Cabutan e-Peraduan telah menjadi acara utama di mana sebuah kereta MyVi sebagai hadiah utama selain 20 buah motosikal.
Booth JANNS menjadi
tumpuan pengunjung bagi mendapatkan informasi yang berkaitan dengan
pengauditan selain untuk mendapatkan cop Jabatan sebagai salah satu
daripada syarat untuk melayakkan diri dalam cabutan e-Peraduan.
Booth JANNS
juga telah dilawati oleh Y.A.B Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman
Zohari bin Tun Abang Haji Openg (Menteri Perumahan dan Pelancongan
Sarawak) dan YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Ghani
(Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak).
info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak






No comments:
Post a Comment