Majlis Perpisahan
dan Sambutan Harijadi telah diadakan pada 8 September 2016 di Bilik
Mesyuarat Utama untuk meraikan Encik Bong Jin Ted dan Encik Bruno anak
Tatal yang akan bersara wajib pada 12 September 2016 dan 7 Oktober 2016.
Untuk makluman, Encik Bong Jin Ted telah mula bertugas pada 26 Ogos
1977 manakala Encik Bruno Anak Tatal pada 1 Julai 1982.
Seterusnya sambutan
perpisahan Encik Hashim bin Abdul Rahman yang akan berpindah ke Unit
Audit Dalam Jabatan Perdana Menteri dan Puan Hashimah binti Japar yang
akan berpindah ke Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak. Untuk
makluman, Encik Hashim bin Abdul Rahman telah bertugas di JAN Sarawak
pada 23 November 2009 manakala Puan Hashimah binti Japar pula pada 3
September 2008.
Majlis diteruskan
dengan Sambutan Harijadi bagi bulan Julai, Ogos dan September bagi
meraikan kakitangan JAN Sarawak yang menyambut harijadi pada bulan
tersebut.
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama pegawai yang diaraikan.
No comments:
Post a Comment