Persidangan Juruaudit Sektor Awam Tahun 2015 telah berlangsung pada
30 November sempena Hari Audit 1Malaysia di Pusat Konvensyen Aman Jaya,
Casuarina @ Meru Ipoh, Perak. Majlis telah dihadiri oleh YBhg. Tan Sri
Haji Ambrin Bin Buang (Ketua Audit Negara), Y.A.B Dato’Seri DiRaja Dr.
Zambry Bin Abd Kadir (Menteri Besar Perak) dan tetamu kehormat yang
lain.
Majlis yang bertemakan “Pemantapan Profesionalisme Menjamin Audit
Berkualiti” dimulakan dengan lagu Negaraku, lagu Negeri Perak dan lagu
Korporat Jabatan Audit Negara yang dipersembahkan oleh kumpulan koir
Jabatan Audit Negara. Selesai persembahan, acara diteruskan dengan
bacaan doa oleh YBhg. Sahibul Fadhilah Tuan Haji Abdul Farid Salleh
(Imam Besar Masjid Negeri Perak), ucapan aluan oleh Ketua Audit Negara,
perasmian dan pelancaran Panduan Tatacara Meterialiti & Persampelan
serta Hand Book Pengauditan Air & Alam Sekitar oleh Y.A.B Menteri Besar.
Majlis diteruskan dengan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan
Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Tahun 2014 oleh
Ketua Audit Negara dan sesi bergambar bersama penerima anuegerah.
Senarai penerima dari negeri Sarawak adalah Lembaga Pelabuhan Kuching,
Kementerian Kemajuan Tanah Sarawak, Jabatan Ketua Menteri Sarawak,
Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Dewan Bandaraya Kuching Utara, Majlis
Bandaraya Kuching Selatan, Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak, Lembaga
Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak, Kementerian Pembangunan
Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak, Kementerian Permodenan Pertanian
Sarawak, Majlis Bandaraya Miri, Kementerian Pelancongan Sarawak, Majlis
Perbandaran Sibu, Pejabat Residen Bahagian Bintulu, Majlis Daerah Marudi
dan Pejabat Residen Bahagian Mukah.
Acara pada sebelah petangnya pula dimulakan dengan pembentangan
bertajuk Pembangunan Petunjuk Prestasi Utama Penjawat Awam oleh Pn.
Norisah Abdul Rahim (Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan
Jabatan Perkhidmatan Awam) dan pembentangan bertajuk Pembangunan
Petunjuk Prestasi Utama : Isu dan Cabaran oleh YBhg. Dato’ Muhammad
Salim Sundar Abdullah (Pengarah Bahagian Pemantauan dan Penyelaras
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).



No comments:
Post a Comment