Seminar Kepimpinan Muda anjuran INTAN Sarawak telah berlangsung pada 16
Disember 2015 di INTAN Kampus Sarawak. Seminar ini dirasmikan oleh YBhg.
Tan Sri Dato’Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam dan diteruskan dengan sesi motivasi oleh YBhg. Dato’ Fazley Yaacod
selaku usahawan & motivator dengan tajuk ‘Cabaran Jurang Komunikasi
Intra Generasi’. Pada sebelah petangnya pula, sesi diteruskan dengan
tajuk ‘Kepimpinan Muda Melalui Sukan dan Rahsia Kejayaan’ oleh Encik
Joseph Kalang Tie iaitu kapten pasukan bolasepak Sarawak dan sesi
terakhir oleh YBrs. Puan Maryanni Masarip dengan tajuk ‘Imej Pemimpin
Muda Berpengaruh’.
info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak
No comments:
Post a Comment