SANSARAWAK
kali telah dikunjungi

Thursday, 28 July 2016

Lawatan Ke Bintulu Port Sdn. Bhd




Satu lawatan ke Bintulu Port Sdn. Bhd telah diadakan pada tarikh 28 Julai 2016 bersempena dengan program  Pembentangan Isu Laporan Ketua Audit Negara Bagi Aktiviti Kementerian / Jabatan  / Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri dan Persekutuan bagi Siri 2 Tahun 2015 yang diadakan di Bintulu. Taklimat ringkas tentang keselamatan sebelum masuk ke kapal telah disampaikan oleh Kapten Azman Bin Hawari dari Bintulu Port Sdn. Bhd

Semasa berada di dalam kapal pula, taklimat ringkas telah disampaikan oleh Tuan Haji Omar Bin Salleh (Chief Operation Officer) dari Bintulu Port Sdn. Bhd. Pelabuhan ini  berada dikedudukan yang strategik di antara Kuching dan Kota Kinabalu di mana lokasinya terletak di laluan laut IntraAsia Trade di mana ia merupakan pintu masuk import dan eksport untuk Sarawak, Brunei, Indonesia dan Filipina serta menjadi antara laluan eksport untuk liquefied natural gas (LNG) terbesar di dunia selain daripada tempat simpanan kargo / kontena untuk penyimpanan aluminium, pulpa, kertas, baja dan produk agro
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 



No comments:

Post a Comment