Jabatan Audit Negara
Negeri Sarawak (JANNS) telah menerima kunjungan seramai 6 pelajar
daripada Cardiff Sixth Form College (CSFC) bersama seorang tenaga
pengajar mereka, Puan Julia Owens di bawah Goodwill Ambassador Programme pada 27 Jun 2016. Pada tahun ini, program CSFC hanya melibatkan JANNS pada 27 Jun 2016 dan 1 Julai 2016.
Program ini
bertujuan untuk mendedahkan pelajar-pelajarnya kepada persekitaran kerja
serta mempelajari budaya negara luar seperti kepelbagaian budaya di
Sarawak. Di antara program yang diatur oleh JANNS adalah seperti
mengadakan taklimat mengenai organisasi Jabatan Audit Negara,
jenis-jenis dan tatacara pengauditan serta lawatan ke Dewan Undangan
Negeri (DUN) Sarawak.
Pada 30 Jun 2016,
tuan Pengarah telah menerima kunjungan hormat daripada Encik Ian
Batchelor selaku wakil kepada Pengetua CSFC untuk menyampaikan
cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada JANNS.
Pada 1 Julai 2016,
para pelajar dan tenaga pengajar bersama dengan wakil daripada JANNS
telah melawat DUN Sarawak bagi mendengar taklimat mengenai fungsi DUN
Sarawak sebelum dibawa melawat sekitar bangunan tersebut.
info : Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak - JANNS - SanSarawak
No comments:
Post a Comment