YBhg. Tan Sri Hj.
Ambrin bin Buang, Ketua Audit Negara telah dijemput untuk memberi
ceramah bertajuk Memperbaiki Penggunaan dan Kecekapan Kos Dana Sektor
Awam Melalui Pemantauan Perlaksanaan dan Pengurusan Kewangan Berhemat di
Hotel Riverside Majestic pada 30 Ogos 2016. Jemputan ini adalah
daripada Pusat Pengajian Perakaunan (PPP), Kolej Perniagaan Universiti
Utara Malaysia yang bertujuan untuk memfokuskan isu kewangan dan
pengauditan yang menjadi amalan penjawat awam selain daripada
mengetengahkan isu-isu serta cabaran yang berkaitan dengan tadbir urus
organisasi sektor awam. Seminar ini juga telah dihadiri oleh warga
sektor awam dari kalangan akauntan dan juruaudit Kementerian, Jabatan
Kerajaan, Pihak Berkuasa tempatan, Badan berkanun Negeri dan
Persekutuan.
Sesi ceramah YBhg. Tan Sri diakhiri dengan soal jawab dan bergambar bersama para jemputan yang hadir.












No comments:
Post a Comment