SANSARAWAK
kali telah dikunjungi

Sunday, 7 August 2016

Program Bazar Seni

Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Sarawak dan Persatuan Anak Seni Kenyalang (AKSARA) menganjurkan program Bazar Seni Negeri Sarawak pada 5 - 7 Ogos 2016 bertempat di Godown Amphitheatre Waterfront, Kuching. Antara pengisian program ialah pameran dan jualan oleh penggiat seni budaya, pencarian bakat, persembahan kesenian, larian dan senam tari. Sempena program tersebut, JANNS telah menerima jemputan untuk turut serta dalam aktiviti senam tari pada 7 Ogos 2016 yang disertai oleh seramai 5 pegawai iaitu cik Massuriani bt Madli, Encik Muhamad Asrul bin Ahmad , Cik Ashafidah bt Fathi, Cik Dahlia bt Pini dan Cik Peggy Liaw Wan Gene. Aktiviti senam tari tersebut bermula pada jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 9.00 pagi. 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment