SANSARAWAK
kali telah dikunjungi

Wednesday, 17 August 2016

Latihan Percukaian Seksyen Audit Cukai Pendapatan

Latihan Percukaian Seksyen Audit Cukai Pendapatan telah diadakan pada 15 – 17 Ogos 2016 di Bilik Sindiket. Latihan anjuran Cawangan Audit Cukai Pendapatan, Sektor Audit Kerajaan Persekutuan ini telah disampaikan oleh Encik Saiful Anuar bin Mohd Jaafar (Timbalan Pengarah Audit Cukai Pendapatan, Encik Mohd Noar bin Ibrahim (Penasihat Percukaian) dan Puan Wan Halizam binti Wan Abdullah (urusetia Pegawai Latihan Cawangan Audit Cukai Pendapatan Ibu Pejabat – W36). Tujuan latihan ini adalah untuk memberi maklumat dan pengetahuan termasuk pengenalan kepada Lebmaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) , Akta dan peraturan penting serta pengiraan asas dalam percukaian.

Sesi latihan pada hari pertama merangkumi taklimat mengenai Status Kemajuan Kerja (Kajian Cukai Bagi LKAN 2015 Siri 2), Pengauditan Prestasi Tahun 2016, Pengenalan Percukaian dan Tax Administration.
 
Hari kedua dimulakan dengan taklimat mengenai Pencukaian (Pungutan) dan Latihan Percukaian yang diadakan di Seksyen Audit Cukai Pendapatan di Wisma Hasil.
 
 
Pada hari terakhir, sesi Latihan Percukaian disambung dan diakhiri dengan sesi Soal Jawab Percukaian.
 
  

No comments:

Post a Comment