Kursus
Pra Persaraan anjuran Sekolah Pengurusan Akademi Audit Negara telah
berlangsung dari 8 hingga 12 Ogos 2016 di Hotel Grand Continental,
Langkawi. Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan
kepada peserta tentang makna, mitos, manfaat, cabaran dan keperluan
dalam menghadapi fasa pra persaraan dan tempoh sebenar fasa persaraan.
Seramai 5 orang dari Jabatan Audit Negeri Sarawak telah menghadiri
kursus tersebut iaitu Encik Poh Eng Teng (W36), Puan Sadiah bt Reduan
(W36), Encik Voon Boon Loi (W26), Encik Radzuan bin Sam (W22) dan Puan
Anna anak Adon (N17). YBhg. Tan Sri Hj. Ambrin bin Buang (Ketua audit
Negara) turut hadir untuk menyampaikan sijil kursus kepada peserta.



No comments:
Post a Comment